Vol 2 of THE LOKA 2 Bangsa yang tidak pernah bersatu. Keberadaan mereka di dunia manusia tidak asing lagi. Mereka adalah serigala jadian dan puntianak. Bangsa yang tak pernah menganggap manusia sebagai tuan rumah. Sebaliknya merekalah yang berkuasa. Bagi mereka bangsa manusia lemah tapi rakus sama seperti mereka. Manusia hanya mementingkan nafsu semata. Keadaan yang sedia kala kacau, akhirnya berpecah belah kerana kelahiran 'mereka' yang separuh-separuh. Jijik, itu yang dikatakan oleh puak masing-masing apabila ada keturunan mereka yang separuh-separuh. Tekad 'mereka' sama. Menyatukan kedua-dua puak. Cinta membuat mereka bersama hingga darah keturunan membawa mereka berjauhan. Zayn Noah Mata yang berwarna kuning perang itu tajam bak belati. Dilototi pandangan itu seakan diterkam oleh sang pemangsa. Menjadi yang terkenal di kampus membuatkan dia berkuasa di situ. Tubuh dan wajah tampannya seakan ada daya tarikan kuat buat wanita mendekati. Stella Grace Mata merah yang disembunyikan di sebalik cahaya. Nerd di waktu siang tapi rakus di waktu malam. Menjadi yang tak menarik di kampus adalah pilihannya. Walaupun begitu, dia tidak sedar bahawa hidung sang serigala lebih tajam menghidu keberadaannya. Cinta. Akhirnya membawa mereka bersama. Kelahiran mereka memang membawa malang buat keluarga. Meskipun begitu, mereka istimewa. Iri, satu perkataan yang ringkas tapi boleh membawa sengketa. Ramai yang iri hubungan mereka. Satu persatu masalah timbul hingga membuat mereka berjauhan. Kuatkah mereka ingin menyatu kembali? Kuatkah mereka untuk mengabungkan kedua bangsa? Cinta yang suci adakah bakal jadi milik mereka? Semuanya bakal terjawab di SINI. START : 28 DISEMBER 2021 END :