Lelaki Yang Ditundukkan

Lelaki Yang Ditundukkan

  • WpView
    Reads 158,123
  • WpVote
    Votes 799
  • WpPart
    Parts 14
WpMetadataReadMatureComplete Wed, Aug 4, 2021
WpInfo
Fiction
Romance
Mengisahkan tentang Hairil, seorang lelaki berumur 28 tahun, yang tengah bahagia bercinta dengan Juli, awek universiti yang berumur 22 tahun. Akan tetapi, pasangan yang nampak serasi ini menyimpan pelbagai rahsia yang tidak diduga. Hubungan bersama Juli mengubah kehidupan Hairil sepenuhnya. Hairil ni mempunyai penampilan yang sangat menarik, boleh dikatakan seperti "Alpha Men", dengan ketinggian lebih lurang 183 cm, muka yang agak hensem dan badan yang tegap, semestinya menjadi perhatian semua orang tak kira lelaki atau perempuan. Tetapi, Hairil ni baik orangnya, perwatakan dia sangat disenangi oleh semua orang. Hairil sudah pun bekerja di sebuah syarikat swasta, dan duduk di sebuah apartment bersama adik tirinya, Azmir di Seksyen 13 Shah Alam. Juli pun tak kurang hebatnya. Mempunyai perwatakkan yang "innocent", muka yang cantik dan ayu berbadan slim dengan ketinggian lebih kurang 170 cm. Bila bersama dengan Hairil, mereka memang nampak sangat sesuai dan padan. Seperti gadis cantik yang dijaga oleh lelaki gagah. Juli merupakan pelajar universiti di Shah Alam yang mengambil jurusan Mass Comm, dan duduk bersama rakan-rakan sekelasnya di TTDI Jaya Shah Alam. Dia merupakan classmate dan kawan baik kepada Azmir. Melalui Azmir lah Juli dapat berkenalan dengan Hairil. Azmir merupakan adik tiri kepada Hairil. Ayah Hairil berkahwin dengan ibu Azmir selepas ibu Hairil meninggal dunia. Hairil ni tak berapa rapat dengan adik tirinya sebab Azmir ni jenis yang suka melawan dan kasar bahasa. Dari segi fizikal, Azmir memang sangat berbesa dengan Hairil. Azmir ni rendah je orangnya, lebih kurang 167 cm, berbadan slim, dan mempunyai wajah yang jambu dan comel. Walaupun fizikal dia nampak seperti lelaki yang comel dan baik, perwatakkan dia sangat berbeza.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • Cinta Tiga Segi
  • LELAKI TERAGUNG [18+]
  • IMPIAN
  • 【C】SABAR SEORANG LELAKI
  • Kekasih Hatiku ENCIK BOSS
  • BAYANG DALAM JIWA
  • AKU MILIK KAU : TENGKU AFZAL NIKOLAI (COMPLETE)
  • HUTANG

Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.

More details
WpActionLinkContent Guidelines