C | mimpi indah

C | mimpi indah

  • WpView
    Reads 1,162,541
  • WpVote
    Votes 90,061
  • WpPart
    Parts 70
WpMetadataReadComplete Sun, Feb 4, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
All Rights Reserved
#2
khairul
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
  • The Deaf Girl
  • Mr. Riz's Property
  • KHAI'S FLOARE ✓
  • Hero Dalam Irama | TERBIT
  • [ C ] DENDAM CINTA ✓
  • Penawar Kasih Pawana | C
  • My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
  • C |  DEAR MY CRUSH ✓

[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )

More details
WpActionLinkContent Guidelines