Gadis Bermata Biru

Gadis Bermata Biru

  • WpView
    Reads 2
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 14
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Apr 4, 2026
୨୧ GADIS BERMATA BIRU ୨୧ Dilahirkan sebagai seorang albino, Luna Aries memiliki sepasang mata berwarna biru dan dipadankan dengan kulit pucat serta rambut putih susu. Luna sering kali menghabiskan waktunya di dalam rumah. Mencintai waktu malam. Namun, menjadi seorang albino tidak menahan dirinya untuk menceburi di dalam bidang kedoktoran. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Aishah dan Rashid, pasangan itu tanpa ragu membiarkan Luna terbang bebas mencapai impiannya. "Sebut sepatah lagi, aku koyak mulut hang." - Luna Aries. Hidupnya hancur setelah kematian sang ibu, Muhammad Zahin merasakan dunia ini tidak adil baginya. Dibawa pergi oleh sepasang suami isteri setelah beberapa tahun penyeksaan, Zahin kembali hidup. Sepasang mata biru membawa sinar. Mendapatkan kasih sayang yang selama ini dia impikan. Tiada apa-apa yang perlu dia harapkan lebih melainkan untuk hidup lama bersama Aster dan Amrie. Namun, bahagia hanya sementara apabila maut memisahkan Zahin dengan pasangan tersebut. "Tolong..! Jangan tinggal abang. Abang minta maaf..." - Muhammad Zahin. Dibentangkan dengan kenyataan yang pahit, Luna bersetuju menikahi Zahin dengan niat ingin mencari tahu tujuan sebenar lelaki itu. Hubungan yang terjalin berbeza dari segelintir pasangan pengantin, namun ternyata hadir perasaan kasih dalam hatinya. Melihat sepasang mata biru Luna, Zahin berjanji. Kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali. Janjinya pada Aster. Zahin nekad untuk mempertahan ikatan yang terjalin antara dirinya dan Luna. "Sejak pada tu, Luna sedar yang abang perlukan bantuan..." - Luna Aries. "Kalaulah mama dengan ayah masih ada..." - Muhammad Zahin.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • 𝕀𝕊𝕋𝔼ℝ𝕀 𝕄ℝ. 𝔹𝔸𝔻 𝔹𝕆𝕐
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Forever Isn't What We Promised
  • Dalam Luka Ada Kamu
  • ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | OG
  • His Rare Collection

○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines