THE DEFECTIVE

THE DEFECTIVE

  • WpView
    Reads 44,045
  • WpVote
    Votes 527
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jul 4, 2026
*Ini adalah karya Defective versi baru! Sinopsis: Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan.
All Rights Reserved
#1
fantasy-romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • ✓ HR : MANIAC
  • TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™
  • TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • Fierce Dark Lily✔️
  • MY MEDICINE  [COMPLETED]
  • BOOK 1 | The Devil [ COMPLETED ]✔️
  • 7. Forever I'm For Yours

Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."

More details
WpActionLinkContent Guidelines