Dia bencikan manusia dan malas untuk berurusan dengan mereka. Suatu hari, dia dilanggar Truck-kun, macam dalam cerita tragedy anime tu. Dan untuk terus hidup, dia perlu memenuhi lima hajat dari manusia, makhluk yang dibencinya.
" Aku dah nak mati ke?"
"Bergantung." Dia jongket bahu sebelah.
" Huh?"
Dia tersenyum penuh makna.
" Dengar sini. Kau sekarang diberi tugas. Kalau kau nak terus hidup, kau kena tunaikan hajat lima orang."
" Huh? Tunaikan hajat? Hajat siapa?" Apa ni? Apa ni? Cerita dongeng ke?
" Who knows?" Selamba dia menjawab.
" Whattt the??"
(╯°益°)╯彡┻━┻
-Kerana mereka manusia, maka mereka penuh cela.-
Edit: Amaran!!! Karya ini adalah karya hingusan author dan penuh dgn kesalahan tatabahasa sampai author pun cringe bila baca balik
_(:3 」∠)_