MY AMOR : A Love Left Behind [OG]
13 parts Ongoing Tengku Aideel adalah seorang lelaki yang tenang, penuh disiplin, dan sangat berdedikasi terhadap tanggungjawabnya. Sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga bangsawan, dia telah dibesarkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab besar, termasuk menjaga nama baik keluarga. Sifatnya yang dingin dan berahsia sering membuatkan orang sekeliling sukar mendekati, tetapi di sebalik itu, dia seorang lelaki yang sangat setia dan penyayang terhadap orang yang berjaya menembusi benteng hatinya.
Perkahwinannya dengan Putri Adella bukanlah atas dasar cinta, tetapi kerana kehendak keluarga. Walaupun begitu, Aideel melihat perkahwinan ini sebagai satu takdir yang perlu diterima dengan penuh keikhlasan. Namun, memenangi hati Adella bukan perkara mudah. Sifat Adella yang keras kepala dan sering menjauhkan diri membuatkan dia sentiasa tertanya-tanya, adakah dia mampu menjadikan hubungan ini lebih bermakna?
Dalam diam, Adeel percaya bahawa cinta bukanlah sesuatu yang terjadi serta-merta. Ia perlukan usaha, kesabaran, dan keikhlasan. Tetapi sejauh mana dia sanggup bertahan untuk membuktikan bahawa mereka boleh mencipta kebahagiaan bersama?