"You won the bet, brotha! Congrats!" Kerana satu pertaruhan, Yara membenci Irsa. Segala kepercayaan dan keikhlasannya, dikhianati lelaki itu. Mengenali Irsa Hidayat, merupakan satu kesalahan terbesar dalam hidupnya. Menginjak satu tahun, Irsa kembali muncul. Kembali menagih cinta dan peluang daripadanya. "Marry me, Yara Zahira. Jadi isteri I. Will you?" - IRSA HIDAYAT. "Apa jaminan yang saya dapat kalau saya terima lamaran awak?" - YARA ZAHIRA. Mulut memang berkata benci. Tapi jauh di dalam hati, Irsa masih mendapat tempat istimewa di hatinya. Irsa, lelaki pertama yang pernah menduduki carta teratas di dalam hatinya. Dan lelaki itu juga yang pernah memalit luka di hatinya dulu. Namun, baru seminggu menyulam bahagia, satu insiden menimpa mereka. Insiden yang memberi kesan buat mereka berdua. Insiden yang merubah segala-galanya. Yara kembali membenci. "Saya bukan isteri awak lah! Saya tak nak pun jadi isteri awak! Saya tak tahu kenapa saya boleh kahwin dengan awak sedangkan saya bencikan awak sangat-sangat. Saya tak faham!" - YARA ZAHIRA. Yara hilang ingatan. Irsa cuba lakukan segala-galanya demi mengembalikan memori si isteri. Namun, sampai bila Irsa mampu bertahan dengan si isteri yang langsung tidak mengertinya? "Let's end this. I don't want to be your man anymore." - IRSA HIDAYAT. Begitu kah pengakhiran kisah mereka?