Atas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kakaknya, dia terpaksa menjadi pak sanggup untuk menggantikan tempat kakaknya dihari perkahwinan. Atas desakkan keluarga, Alexa terpaksa menerima penjodohannya dengan Ben. Malangnya, diwaktu hari pernikahan, pengantin lelaki tidak tiba. Ian Jannik merupakan teman rapat Ben yang hadir di hari pernikahan tersebut, sanggup menerima Alexa sebagai isterinya demi mahu menjaga maruah kedua belah pihak pengantin selain mahu melampiaskan rasa amarahnya terhadap Isabella, tanpa berfikir terlebih dahulu. Keluarga Alexa terpaksa menerima penjodohan anaknya dengan Ian Jannik demi untuk menutup malu. Sekali lagi, Alexa terpaksa terima untuk menikah dengan lelaki yang sama sekali tidak pernah dikenalinya. Bahagiakah kedua mereka atau pernikahan mereka akan putus ditengah jalan? Bagaimanakah cara mereka untuk saling jatuh cinta jika keduanya saling tidak mengenali antara satu sama lain? Mari ikuti liku hidup dan kisah mereka berdua.. Jangan lupa komen dan vote ya😊