Luka Yang Perit

Luka Yang Perit

  • WpView
    Reads 333
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 13
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Sep 22, 2021
Ditinggalkan oleh seorang ibu pada usia 9 tahun, akhirnya dibesarkan oleh seorang yang dianggap lebih dari seorang ibu iaitu Ayah tercinta. Tetapi , ayahnya diserang strok pada usia Lina masih sekolah menengah. Lina , gadis berusia 16 tahun yang diuji dengan banyak dugaan dan cubaan dalam hidupnya. Tekad mencari jawapan akan punca ibunya pergi tinggalkan dirinya dan ayah tercinta. Dapatkah Lina mencari tahu jawapan tentang dirinya ditinggalkan 7 tahun lepas dan adakah punca ibunya pergi disebabkan oleh rahsia yang besar yang tidak dapat diterima akal?
All Rights Reserved
#778
melayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • BERUBAH
  • Ruthless [C]
  • bad prince
  • Cahaya Yang Kembali [OG]
  • (Completed√) DANGEROUS SOUL
  • The Beginning
  • Ditipu, Untuk Dicintai✔
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • KIDULT [OG]
BERUBAH

Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines