[On Going]
Cinta mereka yang dianggap sempurna, dianggap manis kerana dapat kembalikan semula senyumannya, kerana dapat kembalikan tawanya setelah sekian lama harinya berteman tangisan, kini retak.
Punah..
Salah siapa?
Adakkah salah dia yang berubah hati tanpa sedar?
Atau salah si dia yang menganggap dirinya tak sempurna?
"Macam mana awak boleh terdetik nak buat saya macam ni? Hancur hati saya, Ikmal..Saya tak sempurna ke untuk awak sampai awak berubah hati macam ni?"-ASTRID SABRINA
.
Bagi Adam pula, dia perlu mencuba sehabis baik untuk mencintai wanita yang bergelar tunangnya.Walau apa pun terjadi, dia mesti cuba.Kerana rasa itu perlu juga hadir.
Namun, di akhirnya, dia sedar, cinta tak boleh dipaksa.
"Saya minta maaf, saya dah cuba selama ni, tapi tak boleh..Saya minta maaf sebab tak boleh tanam rasa cinta dalam hati saya untuk awak..Kalau awak nak benci saya,bencilah..Saya terima.." -ADAM MIKAEL
Pertemuan diantara dua insan dikala masing masing membawa seribu kekusutan, ternyata membawa pelerai bagi segala kekusutan mereka.
Tiada sekecil penyesalan pun diantara pertemuan mereka.
Kerana itulah titik permulaan kebahagiaan mereka.
Yang pada akhirnya, mereka dapat lihat, keindahan takdir yang disusun Tuhan.
Tengku Ayyash Hakimi | Ivy Adelia
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang!
Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah.
"Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed
Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar.
Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin?
Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'.
Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi.
"Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi
Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy.
"Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia
"Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi
Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata.
"One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi
"This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia
Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini?
Start : 30th nov 2023
End : 11th march 2024