Papa Adrian berkahwin dengan mama nya atas alasan ingin mendapatkan zuriat setelah isteri pertamanya di sahkan tidak boleh mengandung. Adrian adalah pewaris tunggal Papanya. Apabila dia beri arahan utk mengambil alih perusahaan keluarga nya, dia agak berat di tambah dengan syarat yg di kenakan atas nya. Namun desakan Mama yg berharap sangat, Adrian akur. Dia di arahkan utk mengahwini anak angkat Papa nya bersama arwah isteri pertamanya. Kakak tirinya itu 4 tahun lebih tua darinya; pernah putus tunang 1 minggu sebelum tarikh perkahwinan dan ia menjadi isu besar waktu itu. Dengan saranan & bantuan Mama, dia sempat mencari tahu siapa sebenarnya bakal isterinya.. Dalam masa seminggu sahaja dia bersetuju utk meneruskan rancangan Mama nya agar dia ditunangkan dgn Serina. Begitu hati terpikat, jiwa terhambat.. Rupanya bercinta jarak jauh memang mencabar. Ditambah dgn jiwa sang perindu yg rapuh. Dek desakan cinta, priority perlu di rubah utk mencari jalan tengah. Namun cinta yg bertaut belum tentu jatinya selagi tidak teruji daya tahannya.