NADINE SOFEA
  • Reads 470,838
  • Votes 25,801
  • Parts 50
  • Reads 470,838
  • Votes 25,801
  • Parts 50
Complete, First published Aug 04, 2021
Mature
COMPLETED

Nadine Sofea x Harlem Emmerson

Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang digelar persahabatan.

Bagi Nadine, lebih baik jika hubungan persahabatannya bersama Harlem kekal sampai bila-bila daripada dia harus kehilangan Harlem disebabkan perasaannya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kerana Nadine tahu Harlem hanya menyayangi dia atas dasar seorang sahabat dan tidak akan pernah lebih daripada itu.

Perasaan cinta semakin diuji tatkala lelaki yang dicintai dalam diam rupanya mencintai orang lain. 

Tetapi kebahagiaan Harlem adalah segala-galanya buat Nadine. Jadi Nadine mengalah dan berharap masa bakal menghapus perasaan itu agar dia dapat mengecapi kebahagiaan sendiri.

Dan tatkala itu juga dendam Harlem terhadap Nadine memusnahkan segala-galanya.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add NADINE SOFEA to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅ by AizackMesle
60 parts Complete Mature
Book Two Of The Angel Series: 𝘒𝘯𝘰𝘸𝘯 𝘢𝘴 𝘛𝘩𝘦 𝘗𝘰𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 GHIBRAN ISKANDAR, sebaris nama yang mampu membuat para gadis terjerit penuh keterujaan. Siapa sahaja tidak mengagumi si empunya badan. Serasanya ulat di celah batu pun boleh terliuk-lentok mendengar nama itu. Hiperbola? Tidak, itu memang satu fakta. Dikenali sebagai Ghib, merupakan seorang yang digilai para gadis. Sangat manis dalam berkata-kata. Pandai memikat, pakar dalam menggoda. Gayanya seperti lelaki kasanova yang penuh dengan kata cinta. Namun, tidak pernah sekali dia serius dalam percintaan kerana desakan masa lampau. Jika dulu dia mencintai, sekarang tujuannya hanya untuk menyakiti demi kepuasan diri sendiri. Dia tidak percaya lagi kata cinta setelah dia memberikan sepenuh hati kepada seorang gadis, malah cinta dia dipermainkan. Dia ditinggalkan saat dia benar-benar cinta. Lantaran itu, dia tidak percaya pada cinta. Sehingga satu hari prinsip hidup dia berubah untuk kembali mengejar cinta. Kerana satu pertembungan, dia jadi angau dengan cinta. Kerana satu malam, ia mengubah lakaran perjalanan hidup mereka. Kerana satu malam juga, air mata seorang gadis jatuh kerana dia. "Berapa kali saya nak cakap pada encik? Saya tak suka encik. Jadi jangan paksa saya untuk terima semua ni." "Tak pernah ada perempuan yang tolak aku. Kenapa kau jual mahal sangat ni hah?" "Nak tahu jawapannya? Sebab saya bukan perempuan murah. Saya tak heranlah dengan harta dan pangkat encik tu. Tak boleh bawa mati pun!" jerit gadis itu. Cek di tangan dikoyakkan menjadi cebisan kecil. "Kalau kau tak setuju untuk kahwin dengan aku, okey...tapi kau tengok apa akan jadi pada kau nanti. Jangan menyesal dengan keputusan kau. Aku bukan seorang yang mudah mengalah. Apa yang aku nak, aku akan dapatkan. Termasuk kau." "Saya tunangan oranglah!" "Pasangan yang dah berkahwin pun boleh bercerai, setakat tunang...hm mudah untuk aku." 🕊Cover by: AizackMesle
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
52 parts Complete
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
RAHSIA HATI by ssweetroses
45 parts Complete Mature
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meninggalkannya demi mengahwini lelaki lain. Sikapnya yang dulu dingin bertambah dingin. Hatinya mula tertutup untuk menerima cinta baru. Hanya bekas kekasih yang diinginkannya. Muncul idea gila lelaki itu yang ingin mempunyai anak, darah dagingnya sendiri untuk mengisi ruang kosongnya. Namun siapa yang sanggup mengandungkan anak Megat Ian? Dan rela untuk dipergunakan lelaki itu? Bahagiakah Megat Ian bila hasratnya sudah tercapai? *********************************************** Nur Aaira Medina seorang gadis yang polos dan ramah. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Membesar dengan neneknya menjadikan dia lebih berdikari. Namun ujian pula hadir mengujinya. Disebabkan desakan wang dia rela melakukan perkara yang boleh memakan diri sendiri. Mahkota yang disimpan diambil oleh lelaki yang tidak mencintainya. Bagaikan dia menjual maruahnya. Mampukah Aaira mendapat kebahagiaan? ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. SELAMAT MEMBACA Please only 18+ readers 🔞⚠️ Second book Start : 28 July 2019 End : 18 November 2022 Author : ssweetroses
You may also like
Slide 1 of 10
Duri di antara kita [ C ]  cover
Kerana Dendam [Bakal Terbit] cover
ARYAN ANNISA [C] cover
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅ cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover
RAHSIA HATI cover
Until I Make You Mine ✓ cover
Iris: Beautiful Mess | Revamp cover
My Beautiful Sunshine cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover

Duri di antara kita [ C ]

81 parts Complete

Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius. Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo. "Auch, sakit." - Rose "Are you okay?!" - Leo Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose. "Ramai lagi perempuan yang bagus dari saya, carilah orang lain." - Rose "Why other girl when you exist? Kalau aku kata aku nak kau, maksudnya kau je. Tak ada orang lain." - Leo Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko? Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir? Start : 27 November 2024 End : 23 February 2025