SINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampir setahun sebelum dapat meneruskan perkahwinannya dengan teman wanitanya, akhirnya perkahwinan mereka berdua dapat dilangsungkan di Vila keramat South Of the Silent Brother milik keluarga Harper sendiri. Namun kebahagiaan yang baru ingin dimulai dengan rancangan mahu berbulan madu telah dirampas oleh seorang gadis yang tiba-tiba muncul di penghujung majlis perkahwinan itu. Tanpa sebarang petanda, dia telah menanamkan busur panah beracun di bahu isteri Paris sehingga isterinya tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke Hospital. Paris telah mengarahkan penangkapan gadis yang telah membuat isterinya itu koma dengan serta merta. Tanpa melawan atau melarikan diri, gadis itu rela ditangkap oleh pengikut Paris kerana tujuannya memang mahu bersemuka dengannya. Pertemuan empat mata di antara Paris dan gadis itu hampir bermula dengan pertumpahan darah tetapi gadis itu telah memberitahu satu hal yang menyebabkan Paris amat menakuti gadis itu.
28 parts