Eternal Promise [COMPLETE]

Eternal Promise [COMPLETE]

  • WpView
    Reads 387
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 17
WpMetadataReadComplete Sat, Nov 8, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Selama dua tahun Nia Adeena dan Arill Naufal berkenalan. Dalam masa dua tahun itu juga mereka sudah menaruh hati sesama mereka. Namun, sekali pun mereka tidak mengungkapkan perasaan mereka. Tidak mahu dirinya diselubungi dengan persoalan, Nia akhirnya menyoal lelaki itu. "Apa hubungan kita sebenarnya? Aku cuma tak nak tersalah anggap aje. Aku tanya sebab cara kau layan aku macam aku ni..." - Nia. "Apa yang kau fikir pasal hubungan kita, semuanya betul." - Arill. Walaupun Arill tidak mengatakan secara jelas perasaannya itu, Nia tetap merasakan bahagia. Namun kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila satu kemalangan yang tidak dijangka menerpa mereka. Disebabkan kejadian tragis itu, Arill berada dalam keadaan koma. Dan, tidak lama kemudian dia dikejutkan pula dengan berita kematian Arill. Tidak dapat menahan rasa duka, Nia mengurung dirinya dan memutuskan segala hubungan dengan dunia luar. Setahun berlalu, Nia akhirnya mengambil keputusan untuk menjejakkan kakinya semula ke dunia luar. Namun, kemunculan pengawal peribadi yang mempunyai ciri-ciri seperti Arill langsung buat Nia tergemap. "A... Arill?" - Nia. "Maaf, cik. Saya bukan orang yang cik maksudkan tu. Nama saya Mateen." - Mateen. Nia terpaksa akur akan takdir. Arill dan Mateen ialah dua orang berbeza. Perwatakan mereka berbeza sama sekali. Dan... tak mungkin yang sudah pergi akan kembali. Tika Nia cuba untuk menerima segala yang terjadi dalam hidupnya, tika itu juga kehadiran Demian yang sedari sudah perhatikan Nia sejak bertahun-tahun memunculkan diri. Tahu-tahu sahaja Nia sudah menjadi sasaran pembunuh licik itu. Di saat Nia dilanda masalah, Mateen sentiasa ada bersamanya untuk menghulurkan bantuan. Lama kelamaan, dia mula tertarik pada lelaki itu. Namun, apabila dia mengetahui rahsia Mateen, Nia terkedu. Mateen... siapa lelaki itu sebenarnya?
All Rights Reserved
#998
happyending
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • SEBELUM KITA (C)
  • Pelan Cinta #1
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Skate To Escape
  • Forever Isn't Long Enough
  • The Fatih's Court
  • KESEMPATAN KEDUA
  • WANITA TUAN GHAZRIL

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines