Tajuk: Dia Seadanya
Penulis: Hanina Abdullah
www.karyaseni.my
PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm... Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi... yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh?
Emmalyn tahu, dirinya dijadikan 'gula' untuk menarik Si Tareq. Anyway... Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak 'tarik si Tareq' balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini dia... Emmalyn Mohd Ehsan?
"Umi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak." - TAREQ
"Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?" - EMMALYN
"Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab." - TAREQ
"Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?" - EMMALYN
Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.
"Siapa tu?" tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah ibu Tareq.
Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga.
"Inessa!" desah Tareq, terkejut.
Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?
Romance | General Fiction | Action
You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan.
Kau bukan tuhan nak menghukum. Kau bukan tuhan nak menilai. Kau hamba Allah. It's up to you kau nak hina aku. Maki aku and so on. But make sure perempuan yang kau kata hina ni. Perempuan yang kau kata murah ni..Akan sendiri runtuhkan ego setan dalam diri kau. I will prove it. - Irsya.
____________________________
Sedar akan statusnya sebagai anak angkat. Sedar akan statusnya sebagai golongan terhina. Tapi dia sedar setiap apa yang diberiNya adalah yang terbaik.
Sakit macam mana pun kena telan. Kena hadam. Hanya itu sahaja jalan terbaik bagi insan yang lemah sepertinya.
_____________________________
Heh..Anak pungutan layak ke tinggal sebumbung? -Idhan.
×××××
Terima kasih kerana pinjamkan dia untuknya walau sekejap. Terima kasih kerana beri dia peluang merasainya walau sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan segala perasaan bersamanya walau sekejap.
Terima kasih.
Terima kasih Ya Allah..
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖