Bukan sambungan tetapi spinn off dari snow white mr.millionaire. kali ini kisah Karl dan bunganya pula. Syed Karl Zaquan... Pernah merasa cinta yang sangat berbunga-bunga namun tiba-tiba diragut oleh takdirNya yang lebih berkuasa. Saat itu, dia ikut merasa mati yang sangat dekat. Lantas, segala dendam kesumat ditanam dan dipasak di dalam hati. Tiada lagi si dia untuk meyakinkan dia perihal cinta, kasih dan sayang. Hatinya kosong. Pada gadis yang hadir selepas itu dirasakan seperti hanya satu keperluan. Diperlakukan seolah-olah objek yang mudah untuk diguna dan dibuang begitu sahaja. Hingga satu saat... Raut wajah yang sama... Suara yang sama... Tingkahlakunya yang sama... Pandangan matanya yang sama... Nama yang sama... Ah, dia mungkin gila! Mana mungkin orang yang sudah tidak bernyawa boleh muncul semula tepat-tepat di dalam dakapannya? Tidak. Dia bunga. Bunganya... Apa cara sekali pun, dia pasti akan mendapatkan bunga itu. Kali ini, dia bertekad, dia pasti akan menjadi seorang pencinta yang terbaik. Lily Raisha... Enam tahun menyemai cinta, Raisha cukup yakin yang jalan cintanya sudah cukup sempurna. Mungkin dia terlalu selesa? Mungkin dia terlalu percaya? Mungkin dia terlalu cinta? Sehingga dia lupa, dia masih mampu untuk merasa sakit. Ada tangan yang menghulur tetapi ada tangan yang harus dilepaskan. "You are not her..." - Karl. "Yes! Exactly! Maaf tapi boleh tak awak keluar? Awak menakutkan saya." - Raisha
13 parts