Book 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendapatkan pekerjaan impiannya. Alhamdulillah dia diterima baik oleh syarikat tersebut. Baru sahaja mula kerja, sudah kena kutuk. " An interesting and very impressive creation, you just need to add a few more parts. Moreover, the face. Do you want gamer fans to criticize your characters? Not smart and not beautiful at all! ". -SIR Rahang Dayana hampir jatuh. Tak boleh diterima dek akalnya dengan kata-kata pedas daripada lelaki itu. Tak smart tak cantik? Dayana menyingsing lengan bajunya. Dia tidak tahan dengan kata-kata pedas itu. Ini sudah melampau. " Hello brother, cakap elok-elok sikit boleh tak brother. Cakap sikit-sikit dahlah, lebih-lebih siapa nak layan ". - DAYANA Kini rahang lelaki itu jatuh. Tidak sangka yang gadis itu pandai menjawab katanya. " Sumimasen? ". -SIR Dan hampir setiap hari juga mereka hampir bersua muka. Sampailah satu hari, dia jumpa lelaki itu di kediaman rumahnya. Lebih mengejutkan lagi apabila selama ni, jiran sebelah rumahnya adalah lelaki itu. " Awak duduk sebelah rumah ni ke? ". -DAYANA " Kan aku dah pernah cakap, kita jiran. Kau aje yang tak pernah nak ambil tahu ". -AMIREEN Tak cukup dengan itu, tambah pula Harris, merumitkan keadaan. Kehadiran Harris benar-benar buatkan kepalanya semakin pusing. " Kahwin dengan saya, Dayan ". -HARRIS Antara Amireen dan Harris. Siapakah lelaki yang menjadi pilihan Dayana. Adakah Amireen si lelaki kacukan Melayu-Japanase atau Harris? Mampukah Dayana mengharungi di setiap antara mereka? Apakah yang bakal terjadi pada gadis itu?