37 parts Complete 𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024
Warning: Bacaan 15+ sahaja.
Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia.
Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang suka membandingkan result sendiri dengan kawan baiknya, dia tidak menyedari tindakannya akan meragut nyawa sendiri.
"Kenapa Sofia boleh buat, aku tak boleh?" - Haifa
Kim Imani, jejaka yang menetap di STAPS. Rupa parasnya seperti orang KPOP idol memberikannya trauma paling perit di dalam hidup. Setiap kali teringat akan traumanya, dia akan stres dan buat perkara pelik-pelik.
"Sebab muka aku kacak macam ni, I got harassed. So I won't take off my mask anymore." - Kim
Pada suatu pagi yang bersalji, Haifa dan Kim tiba-tiba bertukar tubuh. Bangun-bangun saja, diri mereka sudah berada di dalam bilik orang lain.
"Kau siapa sebenarnya?" - Haifa
"Hakim. Panggil Kim." - Kim
"Oi kau merokok ke? Kalau ya, aku haramkan kau merokok pakai badan aku!" - Haifa
"Aku cuma nak lepaskan stres. In the best way." - Kim
Haifa mengingatkan Kim untuk sentiasa berkelakuan baik apabila mereka bertukar tubuh. Namun, lelaki itu telah membuat satu kesilapan paling besar sepanjang dia menjadi 'Haifa'. Haifa berada di ambang maut.
Tanpa disedari, Kim dan Haifa telahpun membongkar 'dunia fantasi' mereka.
Started: 11 May 2024
Ended: 24 July 2024
- DON'T STOP SHARING ABOUT PALESTINE --