Setiap apa yang aku lalui sepanjang aku hidup, hanya allah yang tahu. Kerana aku pasti, jika aku bongkarkan nya, diri ini bakal ditinggalkan sendirian. Maaf kerana terpaksa mewujudkan dua identiti. Bukan tidak mempercayai kamu, tetapi tidak sanggup untuk mengecewakan. __________________________________________________ Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis yang diberi nama Ellyana seringkali dihantui dengan kisah silamnya sendiri. Ditambah lagi dengan konflik yang dihadapinya setiap hari membuatkan diri Ellyana dikelilingi dengan pelbagai masalah. Walau bagaimanapun, Ellyana tidak menonjolkan dirinya yang sebenar di hadapan khalayak ramai dan terus terusan memendam kisah silamnya serta apa yang dilaluinya setiap hari. Namun, tanpa dijangka-jangka seorang jejaka hadir dalam hidupnya yang membuatkan Ellyana tergerak hati untuk menceritakan kisah silam yang terbesar pada lelaki tersebut. Mereka hanya berkenalan secara dalam talian, namun Ellyana tetap berkeras ingin membongkarkan kisah silam yang menghantuinya hari demi hari. "Awak jangan risau. Saya janji saya tak akan cerita pada sesiapa pun" -Haikal Mikail- "Ingat... Ini rahsia antara kita berdua sahaja tau..." -Ellyana Syafiqah- Tetapi walaupun kisah silamnya itu terbongkar, Mikail tetap tidak mengenali diri Ellyana yang sebenar. 'Walau apa pun yang terjadi. Takkan ada siapa pun yang dapat kenal diri aku sebetulnya selain Allah.' -Ellyana Syafiqah- Selepas sahaja kehadiran Haikal, hadir pula Naufal Iskandar dalam hidup Ellyana yang sedikit demi sedikit mengubah personaliti dan kehidupan seharian Ellyana. Tetapi persoalannya, bagaimana Naufal dapat mengubah personaliti dan kehidupan Ellyana? Apa yang diubah dan apa yang berlaku antara mereka bertiga? __________________________________________________ Satu persatu persoalan ini bakal terjawab dalam buku Aku Hanya Pendosa. Ikuti kisah ini sehingga penguhujungnya.All Rights Reserved
1 part