Hidup dalam dua berbeza bukan mudah bagi seorang remaja bernama Tsukishima Zen atau nama lainnya, Mohd. Zamir Bin Mohd. Rusli. Perubahan namanya bukan kerana suka-suka tetapi kerana dirinya memiliki rahsia besar tentang keluarganya. Dia bukan orang biasa. Kemunculan seorang gadis di hadapannya telah membuatkan dirinya berasa kagum. Dia tidak tahu sebab sebenar gadis itu berusaha untuk lindungi dirinya tetapi entah mengapa gadis itu sering muncul di hadapannya. Bagaikan satu takdir untuk mereka berdua. Dia mula rasa dirinya dihargai dan dia mahu miliki gadis itu. Tetapi dia tidak mahu menunjuk dirinya yang sebenar. Dia bimbang gadis itu akan lari kerana ketakutan. Mampukah dirinya memiliki hati gadis tersebut?