Hikayat Suri & Sang Tembaga
24 parts Complete SINOPSIS SST
Kali terakhir kami sekeluarga pulang ke kampung, Abang Rahim berkata seorang nelayan sungai terjumpa parang panjang yang terukir nama ayah di bilahnya. Nelayan tersebut akan menyerahkan parang tersebut kepada Abang Rahim untuk disampaikan kepada saya.
Seingat saya, ayah tak pernah menceritakan tentang parang panjang tersebut serta kegunaannya. Apa-apapun, saya akan menjaganya dengan baik sekiranya parang tersebut dipulangkan kepada keluarga kita nanti.
Ayah,
Saya tetap akan ingat segala ilmu yang diwariskan kepada saya. Yang paling utama seperti ayah terangkan dahulu ialah ilmu agama. Di kalangan anak-anak kami pula, saya lihat Rayyan paling cenderung ke arah meminati perkara-perkara yang sama. Saya pasti ayah akan turut teruja dengan kebolehannya yang kini berusia 9 tahun. Mungkin ilmu yang ayah ajar kepada saya akan diperturunkan kepada Rayyan pula.
HIKAYAT SURI & SANG TEMBAGA merupakan karya fiksyen sulung Lokman Mustafa khusus buat pembaca-pembaca muda berlatarbelakangkan kisah kehidupan masyarakat di tebing Sungai Jelai di pedalaman Negeri Pahang dengan kehadiran seekor buaya mistikal.