[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance
BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER
Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous.
Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri.
"Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA
Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang?
Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena.
"How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA
Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana...
"She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE
Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya?
Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy.
Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan.
⚠️ unedited
highest ranking :
#1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu
#1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy
#1 in mystery , #1st in mafia
[Karya pertama yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa dan ayat dan tidak akan re-edit semula sebab malas. Rajin tu apa?]
[Ayat tak berapa nak matang kerana ditulis ketika saya berumur mentah.]
ADRIAN NAVRIEL - Jejaka kacak yang dikenali di universiti. Saat kakinya dijejak ke dalam kawasan universiti itu, kedengaran jeritan daripada gadis-gadis yang menjadi peminatnya. Namun, watak Adrian yang beku dan tidak mengambil peduli tentang orang lain menyukarkan mereka untuk mendekati lelaki itu apatah lagi untuk menjadi teman wanita. Tambahan pula, Adrian ialah seorang kaki buli!
AMELIA CLARISSA - Seorang gadis kecil yang bijak dalam bidang matematik dan sains tulen. Dirinya sering dibuli dan dihina kerana mempunyai rupa paras yang hodoh. Saat dia jejakkan kaki ke universiti, pasti ada saja makian dan cacian yang dikenakan ke atas dirinya. Tetapi Amelia ialah seorang yang kuat dan berani melawan mereka yang membulinya. Dia cuma tiada rupa, bukanlah tiada hati!
Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi mangsa buli Adrian Navriel. Dia dibuli dengan kejam oleh lelaki itu. Sudahlah sombong, berhati beku, malah tiada hati perut pula!
Lama-kelamaan, perasaan cinta Adrian kepada Amelia mula berputik di mana Amelia telah menyedarkan dirinya dan mengubah dirinya menjadi lebih baik.
Namun, ujian demi ujian mendatang. Rintangan demi rintangan yang hadir, meruntuhkan mahligai mereka yang sudah bahagia.
"Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak hanyalah perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!"
"Baiklah. Jangan awak cari saya lagi, Ad. Saya janji dengan awak. Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu tentang kematian saya."
ADRIAN NAVRIEL
AMELIA CLARISSA
ALL RIGHTS RESERVED @syirahnees_
#1 - enemiestolovers
⚠️ karya berdasarkan imaginasi dan jalan cerita rekaan saya sendiri, tidak meniru dari mana-mana pihak
⚠️ cliche story sbb author x sebijak setinggi menara klcc
⚠️ kau copy, kau bangang