Di sini bermula episod penciptaan karya yang pelbagai dari Deena Ardellia Humayra. Gejolak pemuisi dijiwa semakin membara apabila pertemuan yang tidak dijangka membuatkan dia ter'crush' kepada seorang jejaka yang rupa-rupanya ialah guru yang bakal mengajarnya di sebuah program.
Wahh. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah terjebak dalam bidang ni kan, biar aku follow jejak langkah Cikgu Imran. - Deena
Deena mula mendapat perhatian cikgu setelah sajaknya berjaya menyentuh hati guru muda itu. Ketika itu jugalah dia seakan binggung kenapa dirinya yang terpilih. Sedangkan ada lagi rakan nya yang lain tidak kurang hebatnya. Mungkin ada jiwa seni.Kah! Perasan sahaja.
Adakah aku sudah tertambat hati dengan Cikgu aku sendiri? Mana mungkin! Kem bina bakat puisi ini baru berlangsung 3 hari 2 malam. Wah secepat itu aku sudah jatuh lagikan tergolek dengan detak cinta Cikgu Imran.
Ikuti kisah suka duka Deena Ardellia dalam mengejar pemilik hatinya, Cikgu Imran Arsel. Walau ditolak kerana jarak umur mereka yang berbeza dia tetap menanti jawapan dari hati guru itu kerana dia yakin dengan kata jodoh. Walau akhirnya dia harus melepaskan demi masa depannya.
STATUS | COMPLETED
START | AUG 31, 2021
END | DEC 31, 2022
"Fal..." - Heyera Talia
"Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal
"Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia
Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang Talia sayangi membuatkan seorang Hayera Talia, gadis yang penuh dengan cahaya itu berputus asa dan ingin melupakan segala-galanya. Bangun dari tidur, Talia hilang semua memorinya. Seperti yang Talia harapkan.
Menjadi seorang Hayera Talia yang baru sangat mudah. Seorang wanita yang mempunyai cita-cita, seorang anak yang disayangi, malah mencintai seorang lelaki dalam diam.
"Talia dah lama sukakan abang Raed. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu." - Hayera Talia.
"Abang dah tua tau. Talia tak kisah ke? - Megat Raed Baihaqi
Menjadi isteri kepada Raed memang angan-angan Talia. Tak sangka Megat Raed sudi menerima huluran hatinya.
"Where have you been Talia? Aku cari kau." - Ahmad Naufal
Rahsia yang kian terbongkar membuatkan hidup Talia berantakan. Kenyataan yang terlalu berat untuk dia terima. Bila satu per satu ingatannya membuktikan perkara sebenar, Talia semakin jauh dengan semua.
"Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal
"Perkahwinan kita satu kesilapan ke, abang?" - Hayera Talia
"Pada abang, kita melengkapi dan cukup sempurna." - Megat Raed Baihaqi