Dijadikan 'cinta buta' untuk kepentingan manusia lain? Jahil dan kejamnya manusia itu. Sanggup Nina Natasha mempertaruhkan Iskandar demi mencapai kebahagiaannya sendiri. Kenapa sanggup menjatuhkan maruahnya hanya kerana cinta kepada bekas suami? Kerana keangkuhan dirinya, dia dihimpit derita yang tidak berkesudahan. "Kalau nak tahu, aku masih mencintai Izz Zhafran dan aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku menyesal kahwin dengan kau, Iskandar! Menyesal ~ Nina Natasha Semuanya bagaikan mimpi ngeri yang membuatkan Iskandar terlontar jauh. Mengapa semua ini terjadi, sedangkan dia terlalu sabar dan begitu setia pada isterinya? "Setiap kali lepas solat, abang akan berdoa minta ALLAH lembutkan hati sayang dan terima abang sebagai suami sayang. Abang akan tunggu sampai hati sayang terbuka untuk abang." Kata Iskandar. Iskandar terus berkorban demi untuk isteri tersayang. Apakah mampu dia memiliki sepenuh hati Nina? Tanpa cinta, tiadalah bahagia. Tanpa kasih sayang, tiadalah kemesraan.
تفاصيل إضافية