We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
PRANK
  • WpView
    Reads 146
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Mar 23, 2022
WpInfo
Fiction
Mystery
Gurauan itu tiada salahnya. Akan tetapi jika ia berlebihan, maka timbullah pelbagai masalah. Hayfa ialah pelajar yang baru sahaja berpindah ke SMK Pandan Emas. Di sana, dia berkenalan dengan ramai orang dan tidak lupa juga dia bersua mata dengan 'panorama' di sekolah tersebut. "Eh? Kau budak baru itu, kan? Jom berkawan!" - Qays Qays, pelajar paling nakal. Kerjanya membuli dan gemar mengenakan pelajar lain dengan gurauan yang keterlaluan. Natijahnya, ada sebuah tragedi berlaku disebabkannya sehingga mengakibatkan penghuni 5 Progresif mendapat petaka. "Aku dah cakap dengan kau, Qays! Jangan bergurau sampai teruk macam ni. Tapi kau degil!" - Ed "Maafkan aku, Ed. Aku janji yang aku tak akan buat benda tu lagi. Aku menyesal!" "Tak ada gunanya kau cakap macam tu. Sebab penyesalan kau takkan dapat menghidupkan kembali kawan-kawan kita!" - Ed Deo, lelaki yang gemar mengatup mulut serta memutuskan rantaian sosial daripada orang sekeliling. Terutamanya, rakan sekelas. Remaja yang memiliki kening kiri terbelah itu sangat dingin dan misteri. Ada sebab mengapa dia menjadi sedemikian rupa. "Kenapa kau kembali, Ed? Aku tak pernah pancing kau keluar." - Deo "Kedatangan aku ni... bersebab. Dengan sekali seruan, aku akan memunculkan diri." - Ed Deo menjadi panik dan dia berusaha untuk menyelamatkan rakan serta kenalan yang tersisa. Dia tidak ingin insiden kelam mencemari masa depannya lagi. "Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah dekati atau percayakan dia." - Deo "Tapi kenapa, Deo? Bukankah dia itu adalah kau juga?" - Hayfa Rahsia yang ditanam jauh di lubuk kenangan terbongkar jua. Tangisan darah sekali pun, ia tidak dapat menamatkan segala. "Aku mohon, Ed. Lepaskan perempuan tu. Aku akan kembali dengan kau. Tolonglah..." "Bagus, Deo. Dah lama aku tunggu ayat tu." - Ed "Jangan, Deo!" Qays menghalang keras. "Kan aku pernah cakap dulu... takkan ada sesiapa yang boleh halang kemahuan aku walaupun Deo, 'kembar' aku. Haha!" - Ed 7 September 2021 (Fiksyen)
All Rights Reserved
#7
bunuhdiri
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • CIÙINEAS
  • TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔
  • [C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
  • ✅ 5 : PERKENALAN [SIRI PERTAMA]
  • SOLE MIO [C]
  • Putera Terbuang/Exiled Royalty (COMPLETED) ✅
  • SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
  • E-BOOK TUAN FARHAN MARZUKI | TERBIT
  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
CIÙINEAS

Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hidupnya. Dia mahu hidup yang aman dan tenang. Itu impian Dayan Khair sejak dia kecil sehingga kini. Kehidupan normal dan biasa. Tetapi ia tidak semudah yang Dayan sangka. Kemunculan seorang demi seorang manusia 'luar biasa' benar-benar mengganggu hidup Dayan. "Tuan, tolong jangan ganggu hidup saya." Mula-mula Ejen Han, atau Raihan. Selepas itu, adik beradiknya pula? "Terima kasih dah buat saya sedar kelayakan saya di sini, doktor." "Fine. Ini kali terakhir. Aku tak nak jumpa kau lagi, Nur." Bagi Dayan, dia hanya lelaki biasa. Tetapi bagi mereka... Dayan luar biasa. Dalam kecohnya Dayan mencari ketenangan, akhirnya... Dia terjebak dalam mimpi ngeri yang tak pernah dia bayangkan. Dia? Menangkap kumpulan jenayah besar, HACKER? Mana mungkin! "Tuan dah libatkan saya dalam misi tuan, jadi nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!" Dia tak pernah terfikir itu perkara yang mudah, tetapi dia tidak sangka, ianya bakal mendera dirinya. "Kenapa awak tak selamatkan dia dulu, Dayan?! Dia lebih penting daripada saya!" Dia rasa mahu menghilang. Tetapi, dia terikat dengan janji. Kusut, serabut. Tetapi dia faham yang dia tidak bersendirian, maka dia teruskan jua apa yang dia sudah mulakan. "Aku tak kisah sebenarnya siapa diri aku, siapa keluarga aku. Biarlah. Sebab aku dah faham, apa aku perlu buat dalam hidup aku." Bagaimana pengakhiran hidup Dayan? Tenang? Atau... sebaliknya? "Dunia cuma perhiasan. Jangan mencari ketenangan abadi di sini, di sini awak diuji, jadi tiada definisi tenang sentiasa dalam hidup awak."

More details
WpActionLinkContent Guidelines