Kebangkitan Warsaw merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi warga Poland kerana ia merupakan salah satu peristiwa dimana mereka bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Nazi Jerman dan Kesatuan Soviet yang menjajah negara mereka melalui pakatan Molotov-Rubentrop pada 1939. Kebangkitan Warsaw juga merupakan satu-satunya pertempuran penentangan yang terbesar sepanjang perang Dunia Kedua.