𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬: 𝐍𝐈𝐀 𝐐𝐔𝐑𝐑𝐀𝐓𝐔𝐍'𝐀𝐈𝐍𝐈
𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚: 𝐑𝐌𝟐𝟓 / 𝐑𝐌𝟐𝟖
𝐈𝐒𝐁𝐍: 𝟗𝟕𝟖-𝟗𝟔𝟕-𝟐𝟗𝟎𝟐-𝟐𝟑-𝟐
Mengembara menaiki kereta api Trans-Siberian merupakan salah satu bucket list dalam hidup Teja Adelia.
Namun, Teja sama sekali tidak menyangka yang dia akan duduk berjiran di dalam kereta api dengan Aqid Syamsudin, seorang pelakon popular Malaysia. Sekali gus, menerbitkan tanda tanya dalam hati Teja, mengapa Aqid berada di Rusia.
"Saya ada dua sebab. Satu, saya nak bercuti, rehatkan diri saya. Selama hari ni saya sibuk dengan shooting. Dan, apa yang lebih penting, saya datang Rusia sebab nak cari seseorang." - Aqid
Namun, lain pula ceritanya dengan Teja.
"Kalau awak datang sini sebab cari seseorang, saya mungkin tengah larikan diri daripada seseorang." - Teja
Entah mengapa, pengembaraan sejauh 9288 kilometer itu dirasakan begitu singkat tatkala hati mula berputik cinta. Sepanjang tempoh perjalanan itu, Aqid dan Teja mengukir kenangan yang sama.
"Encik Sudin."
"Ya, Lia?"
"Awak nak kahwin dengan saya?"
Aqid terkedu. Akan tetapi, dia tidak teragak-agak untuk kata setuju. Tanpa berlengah, satu ikatan pernikahan tersimpul rapi di bumi Rusia.
Maka, bermulalah kisah perkahwinan rahsia seorang selebriti terkenal. Kalau wartawan tahu siapa Teja Adelia dalam hidup Aqid Syam, apa yang akan jadi?
📱 Untuk melanggan:
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
BOLEH DAPATKAN JUGA DI SHOPEE:
shopee.com.my/kedaibukudn
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."