KERANA sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya.
Bagi Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi.
"Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?" CARL
"Me." NATALIA
Pada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang di hajati. Natalia sanggup lakukan apa saja!
Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam.
"Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya." JUWITA
Dalam mereka mahu mengakui cinta, satu tragedi telah merenggut semuanya.
"Aku minta maaf Natalia... Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Ayah yang baik. Aku tak boleh." CARL
"Then, what should I do, Carl?" NATALIA
Apakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?
「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」
Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki itu dari jarak jauh agar tidak dilihat olehnya.
❝Oh my Mr. Vanilla!❞ Jerit Elyana Lyra di dalam hatinya. Wajah itu... membuktikan betapa indahnya ciptaan tuhan.
Tidak tahu mengapa tetapi, Tengku Raess Aedden bagai tidak menyukai kehadirannya setiap kali mereka berjumpa. Dia cuma mahu mendekati lelaki itu tetapi terlampau banyak perkara buruk yang terjadi apabila mereka berjumpa. Tidak peliklah mengapa Raess selalu memarahinya.
Segalanya menjadi semakin buruk apabila Elyana mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Raess.
❝ buang perasaan kau tu jauh-jauh. Stop being nonsense. Aku taknak dengar lagi kau cakap tentang ni Elyana.❞
Selepas sahaja kejadian itu, mereka langsung tidak berjumpa. Sampailah suatu hari, mereka berjumpa di satu majlis.
❝I know, I'm hot. But can we go now Miss Elyana Lyra?❞
❝ Awak siapa? Kenapa awak ada dalam bilik saya ya?❞
Dan disitulah semuanya bermula.
COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]