"Kau, kau yang pernah membahagiakan hidupku, di saat aku mencari apa yang di maksudkan dengan cinta, kau hadir memberi harpan kepadaku, kini kau yang menghilang tanpa diduga,rindu saat kita bersama, dimana Kau yang pernah membahagiakan hidup ku?". Aku mula tersedar dari tidur. Aku melihat jam di I phone SE aku, di screen memaparkan jam 6.00 pagi. Sudah tiba masa untuk aku bangun untuk menunaikan solat yang telah di fardhukan kepada seluruh umat islam. Iaitu solat subuh, ibu ku sering berpesan kepada ku, "Zam, waktu subuh adalah waktu rezeki masuk, subuh juga waktu bermula setiap hari kita." Ye Ma, Nizam akan sentiasa ingat pesan ibu. Ibu telah lama meninggalkan aku sebatang kara di dunia ini.