MOHD KHAIRY SHORT STORY C
10 parts Complete MatureSlice of life | Dark Life | 18+
Khairy, seorang remaja berusia 16 tahun, hidup dalam dunia yang senyap dan terasa jauh dari orang sekeliling. Sejak kecil, dia terbiasa berdikari, bukan kerana pilihan, tetapi kerana keadaan. Keluarganya jarang menunjukkan kasih sayang secara terbuka, menjadikan Khairy seorang yang memendam rasa. Dia bukan anak yang nakal, tetapi jiwanya kosong, seperti ada bahagian dalam hidupnya yang hilang.
Dia mula berkawan dengan anak-anak muda sebaya dan setaraf dengannya. Mereka bukan penjenayah, tetapi masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza, membawa luka tersendiri.
Di situ, Khairy belajar tentang dunia luar yang lebih jujur daripada apa yang dia alami di rumah. Mereka berbual, bergelak, kadang hanya duduk diam bersama dan itu pun cukup untuk membuat Khairy rasa diterima.
Namun, setiap kali pulang ke rumah, kekosongan itu kembali. Dia hanya duduk di bilik, ditemani cahaya lampu biru yang menjadi simbol ketenangan buatnya. Dia termenung, cuba memahami dirinya sendiri. Walaupun sering dikelilingi kawan, Khairy masih merasa sunyi. Dia mula menulis, melakar bayangan perasaannya, namun persoalan tetap tinggal.
"Siapa kau?"
.....
P/S : Sambungan cerita Dari Housmate aku Hantu. Kisah Khairy sebelum jadi adik angkat Danny. Short story je tapi, sad life. Betul-betul sad life..#nosexscene
Start: 10/5/25
End: 10/5/25
Sad Ending
© Nice cover by my bff