Story cover for MENGAPAI CAHAYA by KyraIluvia
MENGAPAI CAHAYA
  • WpView
    Reads 15
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
  • WpView
    Reads 15
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Ongoing, First published Sep 29, 2021
Setelah bertahun kegelapan menguasai dunia magis akhirnya ramalan 13 tahun yg lalu menjadi kenyataan...
Elena,Gadis yang berasal daripada dunia moderan
Dirinya telah bertukar tubuh dengan seorang gadis polos yang merupakan anak kepada keluarga bangsawan yang bernama ariana..
Setelah elena mendapat tahu bahawa dimensi tersebut terkait rapat dengan dirinya,dia cuba mengungkapkan kebenaran itu melalui bantuan loket tersebut...
Akibat kehadiran dirinya sebagai ariana,ia telah membawa impak besar terhadap keluarga,warga sekolah,warga kota dan termasuklah kerajaan-kerajaan magis yang lain
Sehinggalah..
Mereka mulai curiga bahawa arianalah gadis yang mereka cari selama ini...
Walaupun mereka merasiahkan hal tersebut daripada raja kerajaan kegelapan..
Tetapi ia tidaklah menghalang raja tersebut untuk mendapat informasi berkenan gadis cahaya,dengan melalui bantuan daripada burung gagak hitam miliknya..
Dan membuatkan raja tersebut kesal dan ingin membunuh elena dengan secepat yang mungkin..
Siapakah diri elena?
Adakah rasiah disebalik kisah silam elena dapat dibongkarkan?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add MENGAPAI CAHAYA to your library and receive updates
or
#509sad
Content Guidelines
You may also like
ᴏᴜʀ sᴛᴏʀʏ/OG by Jesnilyaemi
8 parts Ongoing Mature
Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan tragis, hidup Elicia Lisa berubah dalam sekelip mata. Neneknya-satu-satunya waris yang masih hidup-menolak kehadirannya dan meninggalkannya sendirian di hospital. Di saat dunia seolah-olah memalingkan muka darinya, seorang jururawat bernama Puteri hadir membawa sinar harapan. Namun, keterbatasan kerjaya memaksa Puteri menghantar Elicia ke sebuah rumah anak yatim, The Luma Home, di Kampung Seri Lembayung-tempat yang sunyi, namun dipenuhi kasih sayang. Di sana, Elicia bertemu dengan dua gadis lain yang senasib dengannya-Sienna dan Jessy. Walaupun dipisahkan oleh kisah silam yang berbeza, mereka disatukan oleh luka yang serupa. Hidup mereka bukanlah mudah, namun mereka memilih untuk terus kuat. Pada usia 17 tahun, impian mereka untuk menjejakkan kaki ke Roseheath Academy-sebuah sekolah elit di tengah kota Sapphire Edge-akhirnya tercapai. Wang yang dikumpul melalui kerja sambilan dan usaha tanpa jemu akhirnya membuka jalan buat mereka. Namun, hidup di dunia orang berada tidak semudah yang disangka. Di sekolah itu, mereka terpaksa berdepan dengan cabaran yang jauh lebih besar daripada sekadar pelajaran-seorang pengetua bernama Elias Raffael yang menyimpan kisah rumah tangga yang retak, guru disiplin Aiden Syaqeel yang dihantui trauma silam bersama ayahnya, dan Hayden Kaiser, ketua geng motosikal yang bersekolah di situ-anak kepada seorang mafia, dengan masa lalu berdarah sejak kecil. Disebalik semuanya, tersembunyi satu plot twist: kaitan antara kemalangan ibu dan ayah Elicia. Sunyi, sakit, dan trauma menjadi teman setia mereka. Namun, dalam luka itu, mereka belajar tentang erti kasih sayang, erti persahabatan, dan bagaimana untuk terus hidup walaupun dunia seakan tidak menerima mereka.
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐝𝐚𝐦 {C} by Trisyayg
68 parts Complete Mature
|𝓓𝓸𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 𝐈 | Intan Aralyn,seorang gadis bertudung labuh yang ceria dan lemah lembut.Hadirnya Adam Ishan bukan sekadar sebagai murid baharu di sekolah, malahan telah menjadi penghuni di dalam hati milik gadis itu.Tetapi dia hanya mampu mengagumi Adam dari jauh dan mengirimkan doa setulus hatinya.Dia tidak pernah berharap lelaki itu membalas perasaannya kerana dalam dunia Adam,dia seolah-olah tidak wujud. Alyn tetap menguatkan diri.Sejurus tamat persekolahan,dia cuba meluahkan perasaannya tapi hanyalah sia-sia. Adam bukan miliknya,dan tidak pernah menjadi miliknya.Lalu,dia memilih untuk melupakan.Namun takdir punya rencana lain. Pertemuan semula mereka bukan disambut dengan senyuman,tetapi amarah yang membara.Adam langsung tidak mengenalinya. Dan Alyn?Memilih untuk berpura-pura seperti tiada apa yang pernah berlaku diantara mereka.Sejauh mana hati mampu berbohong jika perasaannya membuak-buak! "Kau lagi?Ingatkan dah berambus dah."-Adam Ishan "Haah,teman lagi.Ngape?Kalau teman kerja dekat sini,mike ade masalah ke?"- Intan Aralyn "Apa nama kau,Ayin?Akin?Alien?"-Adam Ishan. Setiap pertemuan hanya menyalakan api pertengkaran.Setiap kata yang terucap hanyalah ego yang saling bertembung.Dan perjumpaan mereka tidak lama hanya sekadar pengenalan antara dua insan yang mempunyai api yang membara!Dan akhirnya takdir membawa mereka ke laluan masing-masing. Setelah beberapa tahun lama berpisah, mereka dipertemukan kembali pada tempat dan waktu tidak dijangka!Adakah mereka memang ditakdirkan untuk bertemu atau sekadar ujian bagi mereka berdua?Semakin Alyn cuba menjauh,Adam berusaha mendekat. "Saya ni tak pasti,hadirnye awak dalam hidup saya seperti hadirnye Yusuf buat Zulaikha atau sekadar ujian yang saya kena tempuhi?"-Intan Aralyn "Alyn,aku mungkin bukan Yusuf buat Zulaikha yang kau cari,tapi aku Adam. Adam yang tercipta buat Hawanya."- Adam Ishan Mampukah Adam menjaga Alyn walaudimana dia berada dan menempuhi segala du
KEJARLAH BAHAGIA by ellynaaa4
7 parts Ongoing
Dilahirkan tanpa nama keluarga yang sah, Neelam Cendana, atau lebih mesra dipanggil Eluna oleh keluarga angkatnya, dibesarkan dalam rumah penuh kemewahan bersama Dato' Azwan dan Datin Sharifah. Namun, di sebalik kasih sayang orang tua angkatnya, Eluna sedar bahawa tempatnya di hati abang dan kakaknya tidak pernah benar-benar kukuh. Meski tidak pernah dianggap musuh, kehadirannya sebagai anak angkat mewujudkan jarak dan dingin yang menyakitkan satu rasa yang dia telan sendiri, hari demi hari. Di sekolah, Eluna bukan remaja biasa. Dia punya sahabat, punya mimpi, dan punya rahsia. Tapi selepas SPM, kehidupannya mula berubah. Konflik bersama sahabat yang disangkanya kekal selamanya mula mencalar kepercayaan. Dalam diam, dia mengharungi luka demi luka termasuk bila dituduh bersalah atas kesalahan di tempat kerja, sehingga kehilangan satu-satunya sumber pendapatannya. Saat dia menyangka segalanya akan pulih, hidup sekali lagi menghantarnya jatuh. Tunang yang dia percayai sejak usia muda berlaku curang dan lebih perit, bersama wanita yang dikenalinya sendiri. Namun, takdir tidak pernah kejam selamanya. Perlahan-lahan, hubungan antara Eluna dan kakaknya, Nayla Celeste, mula berubah dari dingin menjadi hangat, dari jauh menjadi dekat. Dan di tengah kekacauan hidup, Eluna menyimpan satu rahsia hati: perasaannya terhadap seorang lelaki yang dulu hanya duduk sebangku dengan kakaknya. Kini, setelah kehilangan cinta, kepercayaan, dan hampir segalanya... Eluna berdiri semula bukan sebagai anak angkat, bukan sebagai mangsa tetapi sebagai wanita yang memilih untuk menyembuhkan, dan menyayangi dirinya sendiri terlebih dahulu. Sebuah kisah tentang penerimaan, kesetiaan, luka yang tidak kelihatan, dan kekuatan seorang gadis biasa yang punya hati luar biasa.
You may also like
Slide 1 of 8
𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏) cover
3. Finding Peace. cover
Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq  cover
Scarlet Shadows cover
ᴏᴜʀ sᴛᴏʀʏ/OG cover
special secret🔒💌🔒 cover
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐝𝐚𝐦 {C} cover
KEJARLAH BAHAGIA cover

𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏)

54 parts Complete

Memiliki tubuh badan yang besar dan penuh cela bukanlah kehendak manusia. Malah, hanya kesempurnaan yang didambakan, hanya keistimewaan yang didahagakan. Dibalik wajah polos seorang gadis, dia punya angan dan cita-cita yang tinggi. Dia juga punya target yang mahu dicapai, iaitu hidup di atas dunia yang penuh fantasi. Dunia yang penuh dengan kebahagiaan tanpa pernah menuntut kesempurnaan. Dunia yang mustahil untuk terwujudkan, malah tidak pernah terjangkau dek akal fikiran. "Saya dah jatuh cinta dengan tempat ini. Jika diizinkan Tuhan, saya ingin terus menetap disini." - Aaliesha Aneira "Ini bukan dunia kamu, kamu perlu tinggalkan tempat ini. Dunia kamu tak akan pernah mampu bersatu dengan dunia beta." - Alfarizqi Afzal "Bagaimana pula dengan kita? Mustahilkah untuk kita menyatu?" - Aaliesha Aneira Kebersamaan antara mereka sedikit demi sedikit telah meruntuhkan benteng perasaan yang dijaga. Perasaan cinta yang kian mekar hanya mampu didiamkan sahaja. Disaat ada sinar kebahagiaan yang hampir dikecapi dua hati, hadir sesuatu yang mula mengganggu gugat cinta yang hampir kuat tersimpul mati. Dua jiwa dari dimensi yang berbeza... Mampukah mereka? Fantasi Mimpi, sebuah hikayat yang telah diberi nafas baru. Start : 7/3/2023 End : 22/1/2025