6 parts Ongoing Wajahnya cantik, hidupnya sempurna pada mata yang memandang. Namun disebalik kesempurnaan itu, tersimpan seribu satu rahsia tentang hidupnya. Ada sisi gelap yang tidak terpandang oleh mata manusia.
Selepas mendengar saranan Tan Sri Aziz untuk menjadikan dia muka hadapan Kota Pualam a.k.a personal branding Kota Pualam ia telah memberikan ruang kepada Zeanissa untuk berkenalan dengan Eldar, Studio Director yang perengus.
"I'm not a mascot!" - Zeanissa.
Lelaki itu pula, sifatnya sangat menguji kesabaran. Itu tak kena, ini tak kena... hinggalah ada satu detik yang telah membuatkan mereka bersetuju.
Mereka membenci orang yang sama.
Sejak dari itu, dari hubungan yang dingin, hubungan mereka berubah menjadi intim. Perlahan-lahan mencari titik persamaan hingga mula terbit rasa asing dalam diri mereka berdua. Rasa cinta.
"Tolong, tolong lepaskan aku dari sangkar ini Eldar..." - Ujar gadis yang bermata redup dan sayu itu, Zeanissa.
"Panggil aku abang saat diri kau bahagia, Jea. Panggil aku abang saat hati kau boleh terima aku sebagai suami... Call me abang when you feel content with your heart," Ujar lelaki yang berjambang nipis itu, Eldar Haiyan.
Namun belum sempat menikmati rerama menari riang di dalam hati mereka, sebuah kehilangan telah menguji hubungan mereka. Kerana bagi Zeanissa, apa yang dia sayang akan mati, apa yang dia sayang akan pergi....