Di Bawah Malam Purnama | Ebook
  • Reads 214
  • Votes 27
  • Parts 4
  • Reads 214
  • Votes 27
  • Parts 4
Ongoing, First published Oct 09, 2021
BLURB 

Memilih untuk tidak mempercayai akan peristiwa lagenda yang telah digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak, itulah keputusan Anggun Putri. 

Namun, perkara lain pula yang terjadi apabila dirinya ditarik masuk ke alam Kartika yang sering diperkatakan oleh mereka dek kerana dirinya telah melakukan satu kesilapan. 

Kesilapan yang bakal memakan dirinya, mengubah hidupnya tiga ratus enam puluh darjah! Dia harus menyelamatkan seorang putera di alam sana. 

Anggun Putri rela, demi ingin mendapatkan hidupnya dan kembali ke dunianya semula. 

Putera Raja Indra Rajuna, pewaris takhta zaman kegemilangan Sultan Bahrin  Riyadhtullah. Putera yang sangat terkenal dalam salasilah keturunan mereka dek kerana kepintaran dan kecerdikan yang maksima.

Bertemu dengan Anggun Putri yang selamba, berjaya membuatkan kehidupan seorang Putera Indra terasa diisi. 

"Ampun beribu-ribu ampun wahai tuan Putera. Sesungguhnya patik tidak sengaja terlanggar tubuh tuan Putera yang sungguh tegap itu," - Anggun Putri. 

"Di mana kamu meletakkan mata? Tidak nampakkah aku sedang mencemar duli di sini?" - Putera Raja Indra Rajuna. 

Patutkah dia memilih untuk mempercayai gadis yang entah daripada mana asal usulnya atau mempercayai kata-kata mereka yang berebutkan takhta? 

"Apa kata-kata kamu ini boleh dipercayai? Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Andai aku mendapat tahu jikalau engkau menipu aku, aku tidak teragak-agak untuk mempenjarakan kamu," - Putera Raja Indra Rajuna. 

"Terpulang pada, tuan Putera. Patik cuma mahu menyelamatkan tuan Putera saja. Jika tuan Putera mahu mangkat, dipersilakan untuk tidak mempercayai patik," - Anggun Putri. 

Mampukah Anggun Putri menyelesaikan misinya dalam menyelamatkan putera Raja yang angkuh dan mengada-ngada? 

Atau, akankah Anggun Putri bakal terperangkap di alam Kartika buat selama-lamanya? Maka, niskala yang panjang berjela pun bermula.
All Rights Reserved
Sign up to add Di Bawah Malam Purnama | Ebook to your library and receive updates
or
#34klasik
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
The Royal Asmaraloka ⓒ cover
Secret  cover
37. The Lost Crown cover
𝐏𝐄𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆] cover
Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)   cover
SULTANAH cover
RAHSIA & KONSPIRASI cover
Di Sebalik Darjat Yang Sama  cover
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed) cover
Bahtera Merdeka II: Senyuman Dendam cover

The Royal Asmaraloka ⓒ

42 parts Complete

❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya? ❝Kenapa kau khianat?❞ Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir. ❝Kalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!❞ Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati. ❝Jangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.❞ Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?