Mengenai seorang lelaki yang handsome dan diminati ramai perempuan yang bernama choi minho.lelaki ini mempunyai perangai yang sombong dan ego tetapi entah kenapa ramai perempuan masih terkejar-kejar akan dirinya.Dia merupakan pelajar kelas muzik dan dia juga merupakan pelajar terpandai didalam kelas tersebut. Semasa waktu rehat,Minho dan rakan-rakan baiknya iaitu Taemin dan Suho sedang jalan menuju ke kafeteria.Tiba-tiba minho terlanggar dengan seorang perempuan kemudian terjatuh begitu juga dengan perempuan itu.Taemin dan Suho terkejut dengan kejadian itu terus menolong Minho untuk berdiri dan dalam waktu yang sama perempuan itu juga bangun berdiri tanpa bantuan sesiapa.Minho memarahi perempuan tersebut kerana Minho menganggap yang perempuan itu jalan tidak tengok hadapan.Lalu Minho dan rakan-rakannya beredar dari tempat tersebut. Sewaktu di kafeteria Minho tertanya-tanya siapakah perempuan itu kerana Minho tidak pernah melihatnya sebelum ini begitu juga dengan Taemin dan Suho juga tertanya-tanya siapa perempuan itu. Siapakah perempuan itu?Mengapa dia berada di kolej ini?