SETH
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Oct 18, 2021
WpInfo
Fiction
Horror
Sepuluh nama pelajar Tingkatan Lima Sekolah Engku Tiara Hud (SETH) telah dinobatkan sebagai pelajar yang paling cemerlang pada tahun itu. Mereka tidak dapat dikalahkan. Mereka disanjung. Mereka dibenci. Hampir kesemua daripada mereka datang daripada keluarga elit. Keeksklusifan mereka tidak dapat disangkal lagi oleh pelajar-pelajar di Sekolah Engku Tiara Hud (SETH). Aura yang dibawa oleh mereka terlalu berbeza jika nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang lain. Tetapi, hidup mereka sepenuhnya berubah apabila laman web sekolah mereka telah digempurkan dengan satu berita tentang sebuah kisah silam misteri dan tragedi yang pernah berlaku di sekolah tersebut. Dinyatakan bahawa lokasi Sekolah Engku Tiara Hud (SETH) pernah menjadi tapak penyembahan syaitan dan tempat bersarang bagi pengamal-pengamal ilmu hitam berbangsa British sewaktu Tanah Melayu belum lagi mendapatkan gelaran kemerdekaan di suatu ketika dulu. Apabila peredaran zaman semakin berubah, secara tak langsung Sekolah Engku Tiara Hud (SETH) telah ditubuhkan pada tahun 1986. Pada mulanya, sekolah tersebut berfungsi seperti sebuah sekolah yang normal. Namun semuanya bermula pada tahun 1990, sebanyak enam pelajar telah dilaporkan hilang tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Kes ini berlaku setiap tahun berturut-turut dimana ianya melibatkan hanya enam orang pelajar sahaja. Kesemua pelajar-pelajar tersebut tidak berjaya ditemui sehingga kini walaupun jasadnya. Tiada apa-apa kesan yang mereka tinggalkan. Paling tergempar, kesemua pelajar yang hilang itu adalah pelajar-pelajar cemerlang di sewaktu zaman-zaman itu. Selepas pelajar-pelajar (SETH) menerima maklumat yang menyeramkan sebegitu, satu demi satu perkara menyeramkan kerap berlaku di kalangan mereka. Adakah pelajar-pelajar cemerlang (SETH) batch 2015 akan menghadapi nasib yang sama seperti sebelum ini? Jika benar, siapakah yang bakal dilenyapkan terlebih dahulu?
All Rights Reserved
#106
seram
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • FASA KEDUA    [Complete]
  • SEKOLAH MALAM:Gerbang ke Arwah
  • TERPERANGKAP DALAM BAYANGAN [C]
  • Hijab Budak Hostel
  • Shh.. Dia Datang [C]
  • 'Cikgu' Suraiyya
  • Senior Ku Hantu
  • BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
  • Misteri Kampung Terpencil

Di sebuah universiti ternama, terdapat sekumpulan empat pelajar lelaki yang kelihatan sopan, aktif dan disenangi oleh ramai. Namun, di sebalik wajah yang penuh budi pekerti itu, tersembunyi sisi gelap yang tidak pernah disangka. Pada siang hari, mereka kelihatan seperti pelajar cemerlang yang membantu fakulti dan rakan sekelas. Namun, malam menjelma menjadi medan permainan yang penuh obsesi, manipulasi dan kegilaan. Sasaran mereka kali ini ialah seorang pelajar perempuan baharu yang menyangka dia hanya menghadapi tekanan biasa. Namun, semakin hari, hidupnya berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak berpenghujung. Bermula dengan gangguan halus, pergerakannya dikawal, fikirannya dimanipulasi, dan akhirnya jiwa terancam. Semua usaha mencari keadilan gagal kerana penjenayahnya terlalu licik dan bertopengkan watak terpuji. Ketika dia mula melarikan diri demi keselamatan, trauma itu kekal menghantuinya. Gangguan tidak pernah benar-benar berhenti. Universiti itu terus menyambut pelajar baharu, tanpa sesiapa menyedari misteri hitam yang sedang berulang. Sebuah kebenaran kekal tersembunyi bahawa tempat yang dianggap selamat, tidak pernah benar-benar bebas dari bahaya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines