Kepulangannya ke Malaysia dengan membawa misi yang besar. Misi yang berkaitan dengan hidup dan matinya. Kerana trajedi hitam yang berlaku 15 tahun dahulu, menyebabkan Edrea Rose memendam dendam yang lama dan mendalam. Rancangan disusun nya rapi. Sesiapa yang menghalang akan dihapuskan. Dosa pahala kira kemudian, kerana hatinya sudah lama kelam.
"Aku sanggup lakukan apa saja asalkan dendam aku terlunas."- Edrea Rose.
Namun, dipertengahan misinya, dia dipertemukan dengan CEO muda Diamond Holdings, Hans Mikael yang telah jatuh cinta pandang pertama kepada Edrea. Mengetahui latar belakang Hans yang merupakan anak kepada musuhnya, Dato' Dzhar, Edrea mencipta peluang untuk mendekati Hans. Tanpa Hans ketahui asal tujuan Edrea mendekatinya.
"Saya cintakan awak, Rose."- Ryan Mikael.
"Kalau awak cinta,kahwini saya."- Edrea Rose.
Sekian bermain cinta dengan Hans, terdetik rasa manis di hati Edrea Rose. Namun tak lama, apabila Datin Melvina tidak menyukainya dan membuat drama menantu-mertua dengannya.
"Kau tak layak jadi menantu aku. Kau tu hanya setiausaha di syarikat sahaja. Dasar perempuan sundal."- Datin Melvina.
Edrea Rose tidak mengendahkan segala cacian itu. Dia tetap juga mahu meneruskan misi membalas dendamnya. Satu persatu ahli keluarga Dhezel Dion tumpas di tangannya. Ini membuatkan Dato' Dhezel sedar akan kehadirannya.
"Siapa kau sebenarnya?"-Dato' Dhezel Dion.
Ryan Mikael juga mengetahui identiti sebenar isteri yang disayanginya itu. Dan dia tak menyangka yang isterinya sanggup melakukan semua itu hanya kerana dendam.
"Tak bolehkah awak maafkan mereka demi cinta kita?"-Ryan Mikael
"Maafkan aku. Aku tak ingin hidup dengan sesalan sepanjang hayatku."- Edrea Rose.
Dapatkah Hans memujuk Rose supaya melupakan dendamnya pada keluarga nya? Bagaimana pulak kesudahan Keluarga Dhezel? Nantikan kesudahannya dalam 'The Secret Of Rose'.
Elliot Jensen and Elliot Fintry have a lot in common. They share the same name, the same house, the same school, oh and they hate each other but, as they will quickly learn, there is a fine line between love and hate.