"Awak pergilah cari perempuan yang boleh terima diri awak. Yang betul-betul setaraf dengan awak. Yang ada SPM, yang kerja gaji RM 1000 sebulan, yang ada motor buruk! Bukan cari perempuan yang high maintenance macam saya. Tolongkan sedar diri, awak miskin tapi nak perempuan yang high class!" -Izyan
Kata hinaan yang diterima lapan tahun lepas berjaya merubah hidup ZAHRIN. Roda berputar. Saat dia berada di atas, gadis yang pernah melemparkan kata hinaan itu berada di bawah.
Kerana dendam itu tidak pernah hilang, IZYAN menjadi sasaran. Strategi dirancang. Ada hutang yang perlu dilangsaikan.
"Mak kau dah jual kau pada aku.RM 5000 000. Itu harga kau. Kau nak bebas, bayar balik duit aku." -ZAHRIN
IZYAN enggan. Walau apa pun yang jadi, dia hanya akan setia pada RAFIQI, bakal tunangnya. Bukan kembali pada bekas kekasih yang sudah mempunyai kekasih hati.
"Kau tahukan apa nasib kau kalau aku sebarkan video tu..."
Ugutan demi ugutan hingga akhinya buat IZYAN jatuh terduduk. Tanpa rela, pernikahan itu berlangsung.
"Sampai bila awak nak kurung saya dalam rumah ni?" -IZYAN
"Sampai kau lupa betapa indahnya dunia luar."- ZAHRIN
Derita! Itu yang diberikan ZAHRIN padanya. Dan saat hati lelah dengan neraka ciptaan suami, IZYAN memilih untuk melarikan diri dan kembali pada RAFIQI. Namun tindakannya memakan diri apabila satu rahsia besar terbongkar.
Apakah rahsia yang disembunyikan? Mampukah IZYAN untuk terus lari daripada ZAHRIN? Dan benarkan, dendam itu kerana benci?
KAU TU HIDUP SEBATANG KARA JELAH-maryam eiliya
Pengkhianatan keluarga tiri itu luka yang dalam bagi seseorang
YA ALLAH,TAKDIR APA YANG KAU TURUNKAN NI-aleesa irdeena
ALEESA IRDEENA.seorang wanita yang polos,lurus dan lemah lembut dan dibenci oleh ibu dan kakak tirinya.bertambah buruk ayahnya encik nadhir telah meninggal dunia selepas berkhawin baharu dengan maryam akibat kemalangan jalan raya.sekaligus harta pusaka milik ayahnya jatuh ke tangan puan maryam
AWAK SIAPA!!!?-aleesa irdeena
Disaat aleesa irdeena hampir berputus asa.Ada seorang jejaka yang selamatkan aleesa daripada neraka jahanam itu.hidup aleesa irdeena berubah 180 darjah apabila bertemu dengan jejaka berkacukkan tersebut
TENGKU ARYAN ISKANDAR.seorang jejaka yang berkacukkan,dingin dan sombong juga mempunyai aset yang tersendiri di waktu muda
MARRY ME, I PROMISE I WILL PROTECT YOU-Tengku Aryan Iskandar
Adakah TAKDIR mereka akan bersama?
Dan adakah seorang aleesa irdeena akan menerima tawaran aryan iskandar?
⚠️⚠️⚠️⚠️