BENCI UNTUK MENCINTA

BENCI UNTUK MENCINTA

  • WpView
    Reads 1,499
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 13
WpMetadataReadMatureComplete Wed, Aug 10, 2022
Ardella Nathalie merupakan seorang wanita biasa yang berdarah kacukan Melayu-British dan dilahirkan dalam keluarga 'brokenhome'. Ibu dan ayahnya berpisah sewaktu Della masih berusia 10 tahun dan memiliki 2 orang adik kembar yang masih bayi. Setelah penceraian itu, ayahnya pulang ke London dan tidak kembali lagi. Ayahnya juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah kepada Della dan adik kembarnya. Ibu Della terpaksa membanting tulang untuk menghidupi dirinya dan keluarga. Sehingga dewasa Della memiliki trauma yang sangat mendalam. Trauma yang dirasainya menyebabkan Della (nama panggilannya) tidak mempercayai lelaki apalagi lelaki kaya kerana ayahnya dulu seorang jutawan. Sewaktu Della berusia 22 tahun, dia dan rakannya, Zara mengikuti Kem Kecergasan selama lima hari di dalam hutan bersama peserta-peserta kem yang lain. Della berminat untuk mengikuti kem tersebut kerana dia sangat menggemari aktiviti-aktiviti lasak dan ekstrim sejak di bangku sekolah lagi. Della dulu dijuluki tomboy oleh murid-murid sekolahnya. Tanpa disangka yang menganjurkan kem tersebut adalah......... Selanjutnya di episod 1.......
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Boneka Dalam Salju: Rahsia Kapten Edevane
  • BAYANGAN MASA LALU (TAMAT)
  • [OG] The Rules
  • Dia Yang Tak Kena Dengan Aku!! [OG]
  • Flower Path (TERBIT)
  • My little hati ✔️Complete✔️
  • ZA'IM UKHROWI [C]
  • Cinta? Semak!

Dalam bayang-bayang peperangan yang tak pernah berakhir, seorang askar bernama Kapten Hareez Edevane membawa luka yang tidak berdarah - kehilangan isteri tercinta, Adrienne Valentina, dalam tragedi yang masih menyeksa mimpi malamnya. Lima tahun telah berlalu, namun wajah Adrienne tetap hidup dalam setiap hembusan nafasnya. Hareez bukan sembarangan tentera. Beliau adalah pemimpin skuad elit negara yang digeruni, dihormati kerana ketegasan dan keupayaannya membaca bahaya sebelum ia muncul. Di sisinya, berdiri enam lelaki setia - Naufal, Zahrin, Syawal, Syafiq, Fakhri, dan Ashraf - masing-masing membawa peranan, kekuatan, dan kisah tersendiri. Namun, segala-galanya berubah apabila satu misi luar jangka mengheret mereka ke sebuah kilang rahsia... tempat yang tidak pernah wujud di peta. Di sana, mereka menemui eksperimen kejam: jiwa kanak-kanak dipindahkan ke dalam tubuh boneka mekanikal, dicipta bukan untuk bermain - tetapi untuk menghidupkan semula ketakutan. Dan di antara eksperimen yang tersimpan, berdirilah sosok yang tak sepatutnya masih hidup. Adrienne. Dia tidak mati. Dia dijadikan bahan ujikaji. Dan kini, hidupnya tergantung antara mesin dan manusia. Misi mereka jelas: selamatkan kanak-kanak, tamatkan projek neraka itu, dan jika perlu - bunuh sesiapa yang menghalang. Namun tiada siapa tahu... Adrienne bukan sekadar sasaran. Dia adalah isteri kapten mereka. Dan di medan ini, rahsia bukan sekadar risiko - ia boleh jadi hukuman. Dengan ancaman boneka hidup, saintis gila, dan masa yang semakin menghimpit, Hareez terpaksa memilih: patuh pada perintah, atau ikut suara hati yang masih menyebut nama Adrienne. Sementara itu, dua remaja - Leviathan dan Navier Edevane, anak kepada Kapten Hareez, menjalani hidup sebagai pelajar IKM, tanpa sedar bahawa dunia mereka sedang runtuh perlahan-lahan... dan ibu mereka masih hidup.

More details
WpActionLinkContent Guidelines