Stranger -> Sahabat -> TTM -> Will be forever? Syasya Nur Hannah, seorang gadis yang terpaksa berpindah ke Melaka atas arahan atuk dan neneknya di sebelah pihak ayah ketika dia baru berumur 7 tahun. Walaupun usianya masih mentah ketika itu, dia sudah mulai kenal erti persahabatan setelah mengenali seorang lelaki yang merupakan sahabat karibnya ketika dia masih baru dalam persekitaran tempat itu. Raezee Haikal, seorang jejaka yang menjadi sahabat lelaki pertama buat si gadis. Dialah yang sering bersama-samanya dan membantu apa yang diperlukan oleh si gadis meskipun mereka hanyalah seorang kanak-kanak pada waktu itu. Persahabatan mereka sudahpun menjadi buah mulut satu sekolah kerana keakraban mereka yang tidak dapat ditandingi itu. Namun, itu hanyalah sementara sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan putusnya persahabatan yang terjalin antara mereka. Mereka berpisah dan membawa haluan mereka sendiri. Kini, semua itu hanya kekal menjadi kenangan. Mereka telah pun meningkat dewasa dan memulakan langkah untuk mencorakkan hidup mereka sendiri. Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah mereka bakal berjumpa semula? Jika ya, adakah mereka kekal menjadi sahabat atau sebaliknya? Haa!! Kalau korang nak tahu apa yang jadi dekat diorang berdua, jomlah tekan button read tuu!!