Penulis : Ruby Nur Airis Harga : RM30(SM)/RM33(SS) ISBN : 978-967-17560-0-3 'Kembalikan cahaya dalam hatiku. Kamukah itu yang menjadi penyuluh?' ~ Narfeesa Hidup Isma Narfeesa tampak bahagia. Dia si jelita yang membina perniagaan sendiri sejak zaman remaja. Namun tiada siapa tahu hidupnya pernah diselubungi trauma. Lantaran itu 'berkahwin' tidak pernah masuk dalam jadual hidupnya. Namun satu saat, ia terpaksa dan rela kerana Annesa. 'Kita kahwin! Kahwin lari pun aku sanggup. Dan aku akan jadi pelindung kau selamanya.' ~Sharaffi Omar Sharaffi, model terkenal tanahair. Seorang pelindung sejati Narfeesa. Sikapnya agak kasar dan itulah daya penarik Sharaffi. Mereka berkait rapat sejak berzaman kerana satu rahsia yang perlu dilindungi. 'Kita janji sampai mati...' ~N & S Tiba-tiba Harith Luqman mencelah antara dua sahabat. 'Nanti... Bukan saja tahi lalat di leher yang awak akan rasa manis tapi segala tempat yang ada benda tu, awak akan angau separuh mati.' ~Luqman Lelaki itu ada satu aura yang tidak mampu ditolak. Dalam kelembutan, tegas dan perancangan teliti dia berjaya menyusup masuk ke dalam hidup Narfeesa. Dan satu perkara yang diketahui Narfeesa memusnahkan segalanya. ' Aku sedia memaafkan walau agak terkilan.' ~Narfeesa Kerana lelaki-lelaki dalam hidupnya itu, Narfeesa menjadi seorang yang berahsia tentang diri. Untuk itu sanggupkah keduanya bertahan dengan Narfeesa? Dan selama manakah Narfeesa mampu bertahan dalam menjaga rahsia hatinya?