COMPLETE ✓ Nur Adawiyah & Adha Khusyairi Sedutan kisah ~ "Sayang. Abang... minta maaf ya. Abang silent handphone. Tak dengar sayang call." Tangan kekarku berlabuh atas bahunya, mengusap lembut hendak memujuk duka isteriku. Namun, pantas saja ditepis. Ah, sudah. Aku tersentak juga kerana jarang dia berperangai begini. Seingat aku, dia pernah merajuk tika aku terlupa hari jadinya. Itu pun dah lama sangat. Masa tu kami belum bercinta. Masih belum habis belajar. "Buang je handphone tu kalau tak nak jawab!" Dia merenggus geram. Wajahnya diangkat dari tersembam terus di lutut. Jelas riak kesedihan menghias wajah isteriku. Serba salah sangat aku melihat itu. Aku juga terasa sakit melihat sebutir air mata mengalir di pipinya. Hendak saja aku seka tapi nanti dia tepis. Marahnya begitu tebal untukku. Kesalahan aku besar kali ini. Aku khilaf. "A... bang dah tak sayang saya. Abang tak pernah tak jawab call saya. Abang benci saya ke sebab ada a... anak dalam ni?" Terburai lagi air hangat itu. Mengalir lesu, menggambarkan kekecewaannya. Aku menggeleng lemah. Bukan itu maksudku. Aku tak pernah tidak menyayangi dia. Sedetikpun rasa sayang ini tidak menghilang. Mengapa dia terfikirkan kerana anak aku berubah laku? Aku juga ditebus kecewa kerana sangkaan dia, namun aku faham akalnya tidak seperti aku. Dia insan istimewa yang kurang daya fikir, sedikit lembab berbanding manusia normal. Pretty cover by : sfairna