Sayap Satria | PBAKL 2022
  • LECTURES 8,193
  • Votes 510
  • Parties 5
  • LECTURES 8,193
  • Votes 510
  • Parties 5
En cours d'écriture, Publié initialement nov. 05, 2021
First 5 chapters promo

Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara.

Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya?

"Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin

"Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." -Mejar Zahra Kamelia
Tous Droits Réservés
Inscrivez-vous pour ajouter Sayap Satria | PBAKL 2022 à votre bibliothèque et recevoir les mises à jour
or
#429malaysia
Directives de Contenu
Vous aimerez aussi
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI, écrit par nurailirmela
86 chapitres Terminé
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Dance of The Swans, écrit par jlovender
5 chapitres En cours d'écriture
(ON-GOING) Start : 19th November 2024 End : Yovreen Demir- Black Swan. Tangkas dan lincah. Dia hanya membunuh dalam kegelapan malam. Jarinya sentiasa dibasahi darah tetapi tubuhnya tidak pernah dicalari. 50 orang dalam masa 6 minit tumpas di tangannya. Namanya saja mampu membuatkan satu sindiket jenayah terus lesap. Tiada siapa mahu melibatkan diri mereka dan merisikokan kerjaya mereka untuk melawannya. Mayleen Yildiz- White Swan. Licik dan genius. Dirinya tidak tersembunyi daripada umum malah diperkenalkan secara berleluasa. Terkenal, itulah kunci untuk menarik mata musuh terhadapnya. Jarinya tidak pernah menyentuh darah tetapi tubuhnya pernah hancur kerana bahan kimia. "Apa rancangan kau yang sebenar." - Yovreen "They want both of you. I can't do that." - Dr. Raptor Kehilangan Yovreen membuka ruang untuk Mayreen mencari dalang di sebalik kelahiran mereka. Tetapi adakah kebenaran ataupun kesalahan yang berjaya dia peroleh? Sedikit demi sedikit, Yovreen umpama tidak pernah wujud di atas muka bumi ini. Hal itu menyedarkan Mayreen asbab sebenar mereka berdua tidak boleh bersatu dalam satu misi. "I will kill you." - Mayleen "Sure. Do it." - Yovreen Tarian yang biasa tetapi digeruni bagi orang yang mengenali Swan's. Ballet. Gerak geri yang sinonim dengan mereka semasa membunuh umpama menari tanpa menghairankan dunia. Tetapi setitis demi setitis darah akan menyembah bumi. Apakah yang akan berlaku jika tarian itu dilakukan oleh White Swan dan Black Swan, pada waktu yang sama?
Vous aimerez aussi
Slide 1 of 10
MY MRS TURKISH √√  cover
RAYYAN MIKHAEL [✔︎] cover
𝗣𝘀𝘆𝗰𝗵𝗼𝗽𝗮𝘁𝗵 𝗗𝗶𝗮𝗿𝘆 | 𝗖 cover
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI cover
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) cover
ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBAND cover
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂 cover
MY BESTIE MY WIFE cover
Dance of The Swans cover
Mafia in Love cover

MY MRS TURKISH √√

67 chapitres Terminé

[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali mereka bersua muka. Sejak kali pertama mereka bertemu hatinya mula terpaut pada jejaka itu. Malu? Tiada istilah malu apabila berkait dengan jejaka itu. "Oit, aku ada satu lagu untuk kau." "Apa?" "Ehem, satu dua tiga lelalelalela lelalelale lelalelale..." Bagi dia, gadis itu seakan-akan menguji kesabarannya setiap hari. Dia rimas apabila gadis itu sering membuat darahnya naik. Kalau orang lain takut dengan dirinya tetapi bukan pada diri gadis itu. Entah apa yang gadis itu nampak dekat dia sampai langsung tidak takut dengan dirinya pun dia tak tahu. Agaknya gadis itu jenis tak takut orang dan berani. Tapi sejauh mana keberanian gadis itu? "Apa pun yang berlaku aku akan tetap cintakan kau dan setia tunggu kau. Aku percaya apa yang berlaku baik atau buruk semua dugaan daripada Allah." "Walaupun kau kena mati sebab aku? Atau kau mati dalam tangan aku? Kau tetap cintakan aku?" Sejauh mana keteguhan cinta gadis itu pada sang jejaka Turki itu bila mana hidup lelaki itu penuh dengan tanda tanya dan misteri? Adakah cintanya berbalas? Adakah jejaka itu menyambut huluran cinta si gadis itu? Apakah pengakhiran jalan cerita hidup mereka? Semuanya bakal terungkai.