Cinta Masam Manis - Wardina Aisyah (e-book)
  • Reads 140
  • Votes 2
  • Parts 5
  • Reads 140
  • Votes 2
  • Parts 5
Ongoing, First published Nov 17, 2021
TAJUK: CINTA MASAM MANIS
PENULIS: WARDINA AISYAH
BLURB:
Kemalangan kecil menjadi detik pertama pertemuan Tengku Danish dengan Qisya. Mereka bertegang urat dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi.
Bermula dari situ, terjadilah perang antara mereka berdua, bagai Tom & Jerry. 
"Hoi... cik! Awak tak tahu memandu ke?" - Tengku Danish.
"Excuse me? Saya tak tahu memandu? Helo encik... jangan nak tuduh sembarangan tau! Saya yang tak tahu memandu atau awak yang tak pandu dengan cermat? Kalau dah rasa diri tu bersalah, jangan nak tuding jari pada orang lain pulak. Mentang-mentang awak pakai kereta besar, jangan ingat awak tu 
hebat
sangat!" - Qisya.
Laju sahaja Qisya menggelar lelaki itu 'bapak jin'. Tengku Danish pula memberi gelaran 'perempuan gila' kepada Qisya yang telah menambahkan lagi api kebencian Qisya terhadap lelaki itu.
Namun, mereka tidak menduga itulah detik pertama yang telah mengikat mereka menjadi pasangan suami isteri. Hanya disebabkan satu kejadian.
Bahagiakah Qisya dan Tengku Danish melayari bahtera rumah tangga, sedangkan dalam hati lelaki itu masih terpahat kemas nama Intan Natasha? Siapakah sebenarnya gadis itu?
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta Masam Manis - Wardina Aisyah (e-book) to your library and receive updates
or
#148kekeluargaan
Content Guidelines
You may also like
[OG] SESAL TERINDAH by nurailirmela
75 parts Ongoing
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi. Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat. "Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn. Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada. "Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana. Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata. Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
41 parts Ongoing
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
You may also like
Slide 1 of 10
[OG] SESAL TERINDAH cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Cinta Berakhir Bahagia cover
Mencari Bahagia [COMPLETE] cover
SAPPHIRE (Siri Permata #1) cover
[C] Bukan Bidadari Nufail cover
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG] cover

[OG] SESAL TERINDAH