Judul: Bayang Alyene Penerangan Cerita: Alyene Natasya, gadis yang dibuang keluarga kerana dianggap pembawa maut kepada adik kandungnya sendiri. Hidup dalam sepi dan gelap, dia bertemu dengan Ayden Ruiz - lelaki dingin yang membawa Alyene pulang atas dasar simpati, namun menyimpan rahsia masa silam sebagai bekas mafia... sama seperti Alyene. Di balik ketenangan yang dibina, cinta mula bercambah, namun tidak semuanya indah. Bayang-bayang masa lalu kembali menghantui - termasuk Elena Xaviera, adik yang disangka telah mati, kini bangkit untuk membalas dendam dan merampas semula segalanya... termasuk Ayden. Perkahwinan, pengkhianatan, tembak-menembak, dan rahsia berdarah-semuanya terbongkar satu demi satu. Lebih mengejutkan, Alyene sendiri menyimpan identiti sebenar dan rahsia penyakit yang menggerogoti tubuhnya. Namun sebelum ajal menjemput, dia tinggalkan warisan terakhir: Elana Ayra Ruiz. 18 tahun kemudian, Elana kembali ke tempat asal... untuk menuntut jawapan, dan mewarisi takhta berdarah ibunya. Siapa sebenarnya dalam bayang siapa? Dan mampukah cinta bertahan dalam dunia yang dibina atas dendam dan kematian? ---
Mehr Details