Story cover for My Dear, Mrs. Derrick (COMPLETE) by DD_Bunny
My Dear, Mrs. Derrick (COMPLETE)
  • WpView
    Reads 20,484
  • WpVote
    Votes 533
  • WpPart
    Parts 23
  • WpView
    Reads 20,484
  • WpVote
    Votes 533
  • WpPart
    Parts 23
Ongoing, First published Nov 20, 2021
Mature
Demi dendam dia dekati seorang gadis bernama Alisa Mariana, setelah sekeping hati itu dimiliki dia lukai seteruknya mengikut kepuasan hatinya selagi hati masih belum puas selagi itulah jiwa Alisa dibulinya.

Semuanya angkara fitnah yang ditaburkan oleh Melissa rakan baik Alisa sendiri. Alisa, Melissa dan Daniel telah berkawan sejak dari sekolah menengah lagi namun apa yang Alisa tidak tahu adalah Melissa menyimpan perasaan terhadap Daniel yang merupakan tunang Alisa

Daniel yang lemah telah masuk ke perangkap Melissa sehingga membuatkan hubungan yang masih belum kuat itu terputus di tengah jalan, bak kata pepatah malang tidak berbau itulah yang terjadi pada Daniel apabila dia ditimpa kemalangan dan menyebabkan dia meninggal ditempat kejadian

Alisa yang pada ketika itu berada di situ disalahkan atas punca kematian Daniel, Derrick yang merupakan abang kepada Daniel telah pulang untuk membalas dendam di atas kematian adiknya itu, tanpa soal selidik terus Alisa dihukum sepuasnya. 

Namun, setelah bukti dan kebenaran terpampang dihadapan mata dia sudah kehilangan Alisa apabila gadis itu telah pun melarikan diri dan meninggalkannya tanpa sebarang berita, gadis itu dicari semula bagi memohon keampunan namun gadis itu bukanlah lagi Alisa yang dikenali ini kerana dia sudah berubah menjadi lebih kuat apabila sekeping hati yang sudah hancur itu tidak lagi mampu dirawat.

masih adakah peluang buat Derrick?
Cinta yang sudah dihancurkan, masih mampu dirawatkah?
All Rights Reserved
Sign up to add My Dear, Mrs. Derrick (COMPLETE) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐔 (OG) by luvvaxxxxnna
20 parts Ongoing
[#1 story from rianyl] Cinta itu indah, tetapi bagi Melissa Suriana, cinta yang datang kepadanya bukanlah satu anugerah-ia adalah perangkap yang membelenggu jiwa dan raganya. Hidupnya yang aman berubah dalam sekelip mata setelah pertemuannya dengan seorang lelaki yang tidak sepatutnya dia dekati-Tengku Aryyan Fateh, pewaris keluarga berpengaruh, lelaki berdarah kacukan Sepanyol-Melayu yang penuh dengan aura misteri dan kuasa. Pada awalnya, Melissa hanya menganggap Aryyan sebagai lelaki asing yang muncul tanpa amaran. Namun, semakin hari, dia sedar bahawa kehadiran Aryyan bukan satu kebetulan, tetapi sesuatu yang telah dirancang. Aryyan mahukan dia-dan apa yang Aryyan mahukan, dia akan pastikan ia menjadi miliknya. "You are mine, Melissa. Siempre has sido mía. (Kau selalu milik aku.)" Melissa cuba lari, cuba menjauh, tetapi setiap langkahnya sudah diawasi. Setiap helaan nafasnya seakan sudah ditentukan. Tiada ruang untuk melarikan diri. Aryyan bukan lelaki yang tahu erti 'melepaskan'. Baginya, Melissa bukan sekadar wanita yang dia cinta, tetapi seseorang yang dia harus miliki sepenuhnya-walau dengan cara apa sekalipun. "Tak ada sesiapa yang boleh ambil kau dari aku, Melissa. Kau milik aku... selamanya." Ketika Melissa mula menyedari kebenaran di sebalik siapa Aryyan sebenarnya, dia terperangkap di antara dua pilihan-memeluk lelaki yang menguasai jiwanya atau mencari kebebasan yang mungkin akan meragut nyawanya. Dunia Aryyan bukan dunia biasa. Di balik kemewahan dan kekuasaannya, tersembunyi rahsia gelap yang lebih menakutkan daripada bayang-bayang yang menghantuinya. Namun, sejauh mana Melissa mampu melawan seseorang yang telah menetapkan takdirnya? Sejauh mana dia mampu mengingkari lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya? Cinta atau ketakutan? Kebebasan atau penjara tanpa jeriji? Dalam dunia yang penuh dengan kawalan, pengkhianatan, dan obsesi yang tidak berpenghujung... hanya satu yang akan menang.
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
The Price of Vengeance: Blood Oath Season 2 by MiaSuhaida
60 parts Complete
Mia dan Aulia-dua sahabat sejak kecil. Aulia, seorang gadis ceria yang selalu menjadi sasaran pembuli, manakala Mia, pelindung setianya, sanggup berbuat apa sahaja demi melindungi sahabat baiknya. Namun, takdir kejam memisahkan mereka apabila Mia terpaksa berpindah ke luar negara secara tiba-tiba tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Sepuluh tahun kemudian, Mia kembali ke Malaysia hanya untuk mendapati Aulia telah berubah menjadi seseorang yang berbeza-pendiam, penuh luka, dan membawa dendam hitam. Aulia pernah dipenjara selama enam tahun kerana membunuh tiga orang yang pernah menyeksanya. Namun, selepas bebas, dia masih dihantui bayang-bayang musuhnya, terutama seorang lelaki bernama Rayyan dan gengnya. Tragedi paling hitam pun berlaku-Aulia dibunuh dengan kejam oleh Rayyan. Dia ditembak tanpa belas kasihan, dibiarkan mati tanpa sesiapa yang membelanya. Mia yang baru sahaja kembali, terlambat untuk menyelamatkan sahabatnya. Tapi Mia bukan lagi Mia yang dulu. Dia berubah. Dia menghilangkan identiti asalnya dan menukar namanya kepada Melissa. Dengan wajah baru, kehidupan baru, dan identiti baru, Melissa merancang balas dendam yang jauh lebih gelap dari yang sesiapa dapat bayangkan. Melissa bukan manusia yang sama. Dia bukan manusia biasa. Dia adalah iblis yang bangkit dari neraka untuk membalas dendam. Dia tidak akan membiarkan sesiapa pun terlepas. Rayyan dan sekutunya akan diburu satu per satu-bukan dengan peluru, bukan dengan pisau. Melissa akan bermain dengan ketakutan mereka, menjadikan kematian mereka sebagai satu karya seni yang paling sadis. Dan dia akan tersenyum sepanjang jalan menuju neraka.
Selamanya Cinta {Slow Update} by qiexyy
8 parts Ongoing
Dia.... Meliya Eldaura seorang gadis yang lemah lembut, penyayang dan baik hati namun disebalik sifat lemah lembut penyayang dan sebagainya dia juga gadis yang mempunyai masalah keluarga dan anxiety.Tapi kebaikan yang dilakukan oleh Meliya langsung tidak dihargai oleh keluarga dan juga rakan-rakan sekelilingnya, dia juga merupakan anak yatim, bapanya sudah tiada begitu juga mak kandungnya, namun ada seorang perempuan saja yang setia bersama Meliya, yaitu sahabatnya, Qaseh Ariana. Akibat sifat lemah lembutnya dapat memikat hati-hati jejaka, walaupun begitu tiada satu pun yang dapat mengambil hatinya kecuali lelaki yang dia terlanggar semasa bergegas pergi berjumpa dengan sahabatnya, yaitu Tengku Aaryan Daniel. "Auch!"desis Aaryan sedikit . "E-encik sorry saya tak sengaja,tak tipu!"kata Meliya kelam kebut dan cemas. Aaryan terkedu seketika dengan perkara yang berlaku sebentar tadi, beberapa saat dia kembali sedar "E-eh takpe saya takde sakit apa apa pun" cantiknya perempuan yang ada di depan matanya sekarang ni,macam bidadari . Lega sedikit hatinya apabila lelaki di depannya kata dia tidak apa - apa "Kalau macam tu saya pergi dulu ye encik,maaf sekali lagi" kata ku dengan senyuman dan menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat. "E-eh awak,saya nak tau nama awak boleh?" Setelah Aaryan berkata begitu, pantas dia menutup mulutnya 'aduh macam mana boleh terlepas cakap niii tak pernah seumur hidup aku cakap macam ni kat perempuan buat malu je' kata Aaryan dalam hati. "Meliya Eldaura" kata Meliya sambil memandang Aaryan dengan senyuman yang manis dan terus meninggalkan lelaki itu yang sedang terkedu. "Meliya Eldaura,satu nama yang akan jadi milik aku suatu hari nanti" desis Aaryan dengan senyuman sinis Apa yang akan terjadi selepas itu?Adakah pengakhiran yang baik atau pengakhiran yang buruk?Nak tau baca lah💃
You may also like
Slide 1 of 8
CINTA DALAM CENGKAMAN cover
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA cover
Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETED cover
MELISSA 2 cover
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐔 (OG) cover
Kerana Cinta ©️ cover
The Price of Vengeance: Blood Oath Season 2 cover
Selamanya Cinta {Slow Update} cover

CINTA DALAM CENGKAMAN

35 parts Complete Mature

Zaqeel Irsyad, seorang ketua mafia yang kejam dan penuh strategi, hidup dalam dunia gelap yang dipenuhi dendam dan kuasa. Dalam misi balas dendam terhadap musuhnya, Daniez, Zaqeel membuat keputusan drastik-dia menculik adik Daniez, seorang wanita muda yang tidak bersalah bernama Dania Zalia. Namun, apa yang bermula sebagai langkah untuk menekan musuhnya, berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah dijangkakan. Keberanian dan kelembutan Dania mula menembusi tembok hati Zaqeel yang selama ini beku dengan kebencian. Dania, yang terperangkap dalam dunia gelap yang tidak pernah dibayangkannya, juga mula merasai perasaan yang tidak pernah disangka terhadap Zaqeel. Dalam permainan kuasa, dendam, dan cinta yang tak terduga, Zaqeel kini berdepan dengan dilema terbesar dalam hidupnya: patuh pada dendam yang telah lama membara, atau memilih cinta yang mula mencairkan kekejamannya. Di sebalik itu, Daniez berusaha untuk menyelamatkan adiknya, tidak menyedari bahawa hati Dania mungkin telah direnggut oleh musuh yang paling dibencinya. Adakah Zaqeel sanggup mempertaruhkan segalanya demi cinta? Atau adakah dendam lebih berkuasa daripada perasaan yang cuba bertapak di hatinya? START:26 SEPTEMBER 2024 END:-