TAJUK: SYURGAKU... DI WAJAHMU PENULIS: LAILA HANNI BLURB: Hairi dan Idayu : "Ayu, ada masanya kita terpaksa berkorban untuk buktikan cinta kita pada seseorang, kan?" "Abang, kalaulah Ayu tahu... sedalam ini..." Hairi mengangkat jari telunjuknya ke bibirnya sendiri, meminta Idayu tidak meneruskan kata-kata. "Tidak Ayu, tak perlu Ayu ucapkan. Cuma, abang minta Ayu hargai pengorbanan abang ni. Abang nak... Ayu terus jadi isteri yang solehah untuk suami Ayu." ~~~ Hairi dan Engku Lokman: "Idayu seorang yang degil. Kedegilannya itu yang menyebabkan terputusnya hubungan kami dulu. Sekarang, terpulang pada Engku. Kalau Engku tak mahu kisah dulu berulang lagi, pergilah pujuk dia. Saya pernah mencintainya dan masih mencintainya. Saya tahu betapa sakitnya bila putus cinta. Saya tau suatu hari nanti Engku pun tak akan memaafkan diri Engku jika perkara tu berlaku. Saya tau... kerana saat ni, saya masih lagi merasakan kekesalan tu." - Hairi ~~~ Engku Lokman dan Idayu: "Ayu benci abang...!" Ucapan yang terhambur dari bibir yagn penuh dengan rasa sendu itu bagaikan kata keramat bergemeresik di telinga Engku Lokman. Biarlah, biarlah ucapan benci yang menyambutnya saat ini. Yang penting Idayu kini dalam dakapannya. Akan dipujuk rajuk itu. Akan disapu air mata itu dan akan ditukarkan rasa benci itu kembali menjadi rindu, kasih, sayang dan cinta. "Ayu benci abang!" ulangnya lagi.
5 parts