~ Tengku Afsyah Hufaira ~ Tengku Afsyah Hufaira merupakan anak kedua kepada Tan Sri Riezwan dan Puan Sri Sofea . Afsyah sangat dikenali dengan sikap sopannya dan bijaknya kerana Afsyah merupakan pelajar cemerlang disekolah . Afsyah sangat peramah dengan orang yang dia rapat , namun dia tidak bertindak sebegitu kepada orang yang baru dikenalinya kerana sikap pemalunya . Afsyah merupakan seorang budak perempuan berusia 17 tahun yang sangat jelita sehingga terdapat pergaduhan antara 3 orang lelaki yang berebut untuk menjadi teman lelaki nya , namun hatinya hanya untuk seorang lelaki sahaja iaitu Tengku Zafran Eiddlan iaitu seorang atlet sukan yang sangat aktif disekolah . ~ Tengku Zafran Eiddlan ~ Tengku Zafran Eiddlan merupakan seorang atlet sukan yang sangat hebat dan aktif dalam bidang sukan dan juga seorang ketua pengawas yang sangat tegas . Kesemua acara sukan disekolah dia juarai dan dia merupakan atlet yang mewakili sekolah ke peringkat antarabangsa . Dia juga merupakan seorang ketua pengawas . Siakap nya yang tidak mudah bergaul dengan orang luar yang menampakkan dirinya sombong , namun dia hanya menjadi seorang yang kelakar , peramah dan suka bergurau hanya pada orang tertentu sahaja . Perempuan yang cuba mendekatinya membuatkan dirinya berasa rimas dan serabut kerana Zafran tidak suka didampingi oleh mana-mana perempuan . Sikap Zafran yang suka bercakap dengan kasar tidak dapat dipisahkan dan sikapnya yang hanya bercakap tidak ditapis dan hanya melepaskan kata - kata kesatnya sahaja dan tidak memperdulikan hati orang lain . Kau dengan sampah same je , kedua - dua tiada beza - Zafran