" π°π ππ ππ πππππ ? π«ππ πππ ππππ ππ π ππππππ ππ πππ ππππ πππππ ? π΅π, πππ πππππ ππππ ππ ππ πππ ππππ ππ π ππππππ ππ ππππ πππ ππ ππ ππππ "
- π²πππππ π¨ππππππ
----------------------------------------------------
Sha sedang melakukan tugasnya sebagai pengawas perpustakaan, tiba-tiba Sha dipanggil oleh pengetua. Ketika Sha, Kashaf, dan Izzul berada di dalam bilik pengetua, pengetua menghampiri mereka dan memberi sepucuk surat, Sha sangat terkejut selepas membaca isi surat itu.
----------------------------------------------------
" Eh kadet ! Aku cakap push up 20, apa kau tunggu lagi kadet ! " Lantang suara jurulatih itu kedengaran..
----------------------------------------------------
Apakah yang tertulis di dalam surat yang diberikan oleh pengetua itu ? Kenapa Sha begitu terkejut dengan isi surat itu ? Apakah yang akan dihadapi oleh Sha dan rakan-rakannya di sana ?
Feel free to read my second
fanfiction (*οΌΎ3οΌΎ)/ο½β‘
Intan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yang dalam dalam hati Intan. Segala penantian dan harapan selama ini ternyata hanya sia-sia.
Di kem PASKAL, Intan tidak menjangka akan berdepan dengan cabaran bukan sahaja dari segi profesion, tetapi juga dari segi perasaan. Di situ, dia bertemu dengan Leftenan Dayyan Mikael - seorang pegawai muda yang berkarisma, disiplin, dan juga sahabat baik kepada abang Intan yang juga merupakan Leftenan. Pada mulanya, hubungan mereka hanya terbatas kepada urusan kerja, namun perlahan-lahan, Dayyan mula terpikat dengan keteguhan, sifat garang dan perihatin Intan.
Intan yang masih bergelut dengan luka lama tidak mudah membuka hatinya. Namun kehadiran Dayyan yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah mendesak, membuatkan Intan mula meragui hatinya sendiri. Adakah ini peluang kedua yang Allah berikan untuknya mencintai dan dicintai? Atau adakah dia masih terperangkap dalam bayang-bayang masa silam?
"Operasi Rahsia: BLACK CODE" adalah kisah tentang kecekalan hati seorang wanita, keberanian dalam memilih jalan hidup, dan keindahan takdir yang sering hadir di saat tidak diduga dan juga menunjukkan semangat setia kepada negara serta kekuatan persahabatan.
(Dihasilkan pada 2024 dan di post pada 2025)