Pertemuan tidak dijangka antara Nurina Larissa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali semata-mata kerana merebut puding di majlis Nexus Technologies kedengaran tersangatlah tidak masuk logik dek akal. Namun hakikatnya... itulah titik permulaan hidupya bertukar menjadi neraka dalam sekelip mata.
"Reaching doesn't count. Holding does."
Mamat beku tahap ais di Kutub Antartika itu bernama Rian Emeir. Lelaki dingin yang penuh misteri dan sarkastik dalam setiap bicara. Membuatkan Nurina cukup menyesal kerana takdir menjerat mereka bersama malam itu.
"Apa dosa aku dengan kau orang berdua? Apa salah aku?" - NURINA LARISSA
"Bukan dosa. Cuma nasib kau je." - LEO ARDAN
Satu demi satu malapetaka menimpa sejak Nurina terjebak dalam dilema antara dua beradik ini. Si abang, Leo, sukar dijangka. Si adik pula, Rian, jauh lebih menjengkelkan daripada yang pernah disangkanya.
"Kau ni memang nak matilah, Nurina!" - RIAN EMEIR
"Kalau aku mati pun, bukan jadi masalah kau pun." - NURINA LARISSA
Namun semakin Nurina cuba menjauhkan diri, semakin lelaki itu muncul dalam hidupnya. Apa yang bermula sebagai pertemuan tidak sengaja perlahan-lahan membuatkan hati Nurina terjebak pada lelaki yang paling ingin dijauhinya.
Tatkala rahsia mula terbongkar, perasaan yang disangka sudah hilang kembali menjadi persoalan. Nurina sedar, dia sudah terlanjur menaruh hati. Namun apabila kebenaran yang menyakitkan muncul, kepercayaannya terhadap Rian mula goyah.
"It doesn't mean I accept you." - NURINA LARISSA
"You did." - RIAN EMEIR
Semakin lama Nurina mengenali Rian, semakin dia sedar bahawa lelaki itu menyimpan sesuatu yang tidak pernah diketahuinya.
Siapa sebenarnya Rian Emeir?
Dan kenapa pertemuan mereka di majlis Nexus Technologies seolah-olah bukan sekadar sebuah kebetulan?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang